Archive for the Gambar erotik Elizabeth Taylor didedahkan Category

>Gambar erotik Elizabeth Taylor didedahkan

Posted in Gambar erotik Elizabeth Taylor didedahkan on April 3, 2011 by sekamarrindu2009

>

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Selama ini, sudah banyak gambar Elizabeth Taylor terpampang di dada media tetapi tiada satu pun yang lebih sensasi daripada sekeping gambar bogelnya yang dimiliki seorang pengumpul memorabilia, Jim Shaudis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kini, selepas kematiannya, gambar bogel Taylor itu buat pertama kalinya didedahkan untuk tontonan umum.

Gambar itu yang dirakam ketika Taylor berusia 24 tahun oleh rakan karibnya, Roddy McDowall, merupakan hadiah pertunangan pelakon bermata ungu lembayung itu kepada penerbit Hollywood, Michael Todd.

Todd, seorang penerbit Hollywood yang popular menerusi filem klasik Around the World in Eighty Days, meninggal dunia dalam satu nahas udara di New Mexico, AS pada tahun 1958, selepas 13 bulan mereka berkahwin.

Selepas kematian suaminya, Taylor memberikan gambar itu kepada jurusoleknya, Penny Taylor sebagai hadiah kenang-kenangan.

Ia kemudian dibeli oleh Shaudis pada tahun 1980 dan sejak itu, gambar tersebut dipercayai telah hilang.

Namun, selepas kematian Taylor pada usia 79 tahun akibat kegagalan jantung minggu lalu, Shaudis memutuskan untuk mendedahkan imej erotik itu untuk tontonan para peminat aktres berkenaan.

Sepanjang hidupnya, Taylor membintangi lebih 50 buah filem dan telah dua kali memenangi anugerah Oscar iaitu menerusi filem Butterfield 8 pada 1960 dan filem Who’s Afraid of Virginia Woolf?, enam tahun kemudian. – Agensi

sumber: kosmo 3/4/2011

Advertisements