Archive for the hari guru Category

Hari Guru

Posted in hari guru on May 17, 2010 by sekamarrindu2009

Ini dia HARNINA.…pagi-pagi lagi dah salam dan mengucapkan “SELAMAT HARI GURU” pada saya…pagi2 dah hulur hadiah kat saya….terima kasih.. bila nak ambik gambar, malu-malu la pulak….ishhh..
Salah satu hadiah yang menarik perhatian saya….tempat letak kunci..cantik kan?…lehlah saya buh kunci-kunci yang ada banyak di rumah saya ini….
Ini antara hadiah yang dicabut undi ( tukar2 hadiah bersama guru2 tadi)..semua guru beli hadiah dan ditukar2 kan mengikut undi..nasiblah dapat yang sape..

Ada lagi hadiah yang tak bawa balik..tinggal di sekolah.. hemper2 tu biarlah letak di sekolah..dan satu hadiah yang paling unik yang saya terima, ialah “sebatang rotan” yang dihadiahkan oleh penjaga pelajar untuk merotan anaknya, kalau degil..siap dengan memo lagi…mcm zaman2 dulu lak saya rase..hehehe.. apapun terima kasih..kerana memberi rotan tu..namun pendekatan saya lain, dan akan cuba elakkan untuk merotan pelajar, saya selalu menggunakan pendekatan nasihat dan psikologi bila berhadapan dengan pelajar2 yang degil…

daripada beratus2 kad ucapan yg saya dapat…kad ini daripada anak murid saya, Nor Diana, pelajar Tahun 4, sangat menyentuh rasa..” SEMOGA CIKGU PANJANG UMUR” itu adalah doa seorang pelajar untuk gurunya..memohon Allah swt memanjangkan umur saya, cikgunya..sangat terharu..saya juga mendoakan agar dia dan semua pelajar saya berjaya dalam pelajaran, menjadi anak yang akan berbakti pada agama, ibu bapa, nusa dan bangsa…Insyallah..
p/s: Terima kasih kepada Guru Besar, yang memberi penghormatan kepada saya untuk membaca Perutusan Hari Guru Daripada YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN, hari ini….