Archive for the hehehehe Category

Bila Cayang Bertemu Baby..Part 1

Posted in hehehehe on October 17, 2010 by sekamarrindu2009

dalam sebuah kampung di hujung kampung sana, Kampung Sakura tinggallah seorang gadis yg sangat jelita, baby namanya. Baby, berusia dalam lingkungn 20-an, seorang gadis yang baik, dan bersopan santun, dan menjadi kegilaan bukan saja anak-anak muda kampung, malah orang-orang lama juga menaruh hati untuk memiliki hati Baby.. Setiap anak muda kampung Sakura, pastinya terbayang-bayang akan kecantikan gadis yang bernama Baby tu..ya lah..gadis pujaaan seluruh penduduk kampung la katakan….hehehehe..
Pernah satu hari Baby tu melintasi warung di dalam kampung tu, semua pemuda-pemuda di dalam warung itu terkebil-kebil memandang akan gadis yang bernama Baby tu.. ada yang sedang minum terhenti..itulah betapa hebatnya gadis yang bernama baby tu..
Namaku Cayang, seorang lelaki di kampung itu. Kerja aku penoreh getah saja..kerjaku hari2 bergelombang dengan getah..memang ada hati juga aku kepada gadis yang bernama Baby tu…hehe.. tapi yalah kita ini penoreh getah…tapi cita-cita untuk memiliki Baby tak pernah luput dalam ingatan ku…
Aku pun dah rasa mcm jatuh cinta dengan Baby ni…namun oleh kerana tak mampu membeli handphone, ( masa tu cukai hp PM belum turunkan lagi..bajet ari tu baru PM turunkan cukai handphone)..lalu aku mecapai sebtang pensil kontot, dan sehelai kertas, lalu ku karang coretan buat gadis yang bernama Baby…..bila siap coretan itu, ku tatap sendiri..terasa takut laak nak bagi kat Baby….ishh…tapi inilah cara yang patut aku buat sebelum Baby dikebas orang….
Aku dengan biasalah kerja aku menoreh getah, menunggang basikal tua ku, tulah kerja aku. tulah kerja aku….dalam perjalanan pulang daripada noreh pada pagi yg damai, aku terserempak dengan Baby, semasa dia pulang dari kedai….inilah saatnya untuk aku memberi surat yang aku tulis malam tadi… aku menggunakan brek kecemasan, memberhentikan basikal tua ku betul..betul di sebelah Baby…heheheh
” Baby……baby…tunggu kejap…!!” kata aku sebaik menyendal tongkat basikal tua..”
” Ya..ada apa abang Cayang, panggil Baby…Baby nak cepat ni…” kata Baby..
” Ala…tunggu la kejap..abang ada hal sikit nak bagitahu Baby ni…” kata ku sambil mengesat-gesat peluh masam ku di muka…bau getah sekrap sangat terasa…hehehe
” Sebenarnya, abang ada surat buat Baby..”. kata ku perlahan…sambil tersimpul2 malu hehehe
Aku menghulurkan surat yang aku karang malam tadi kat Baby.
” abang Cayang….., surat ni bau pok getah laa bang,,,,” kata Baby.. kata Baby sambil tergeak kecil…
” Bacalah..” kataku..
” Baca sekarang juga..? tanya Baby..
” Bacalah sekarang.. Abang Cayang nak tahu..respons Baby…” kata ku sambil tersengih2 mcm kerang busuk.. hehehehe
Aku lihat Baby tersenyum simpul…semasa membaca surat aku…. dia terima aku ke ni..?
” Abang Cayang, suka Baby ke ni..?” tanya baby..
” suka, Baby.!…kalau boleh abang cayang nak sayang baby tiap2 hari..abang cinta sangat kat Baby….” kata ku lagi….( hehehehe)
” Baby pun sayang kat Abang Cayang…, dah lama Baby dok mimpi2 nak jumpa Abang Cayang.. tapi Baby malu nak bagitahu…” kata Baby. dengan lemah lembut…
Kata-kata Baby sangat menggembiakan aku.. tanpa berlengah lagi..tanpa aku tersedar..aku melompat-lompat Yes..Yes…. tak tersedar seluarnya aku pakai tadi tu terlondeh..
” Abang Cayang…..!, ishhh….gembiranya dia..sampai terlondeh suar..” kata-kata Baby menjerit..
” Alamak..Baby…..!, ..” aku dengan cepat2 menarik seluar ku..” ( yalah orang msikin tak mampu nak beli suar…kancingnya tecabut.ikat dengan getah jeee..
” Abang Cayang, Baby balik dulu ye bang….” kata Baby sambil senyum2 gembira dan penuh mengoda..
” Baiklah Baby…..” kata ku…
Kata-kata Baby menerima aku sebagai kekasihnya itu memberi impak yang sangat berkesan.dalm jiwa ku.. Aku ingiin merantau ( bukan ke Rantau Panjang atau Rantau kat Negeri Sembilan yeee).. nak cari duit sikit,,,yalah nak harapkan getah ni.susahlaa nak pinangkan anak orang tu….
Malam terasa indah….sangat indah sekali.. aku masih terbayang-bayang wajah Baby pagi tadi.. pertemuan yang tak disangka-sangka ini sangat membahagiakan ku….
Ku buka jendela malam di rumah buruk ku…terasa angin sepoi-sepoi bahasa menerjah lembut ke muka…terpandang aku akan gitar tua di tepi katil buluh aku..( katil buluh jaah…tak mampu nak beli…)
“boring-boring ni layan gitar kan best….” kata ku…
” ari ni aku suka…rasa nak bini ayah pun dok nak kira…
rumah tangga semin di bawah pohon naka..tahi lalat atas kening ..tanda dale mata…”
tu lah lirik lagu lebih kurang….

……*** bersambung…

raja lawak punya pasal…

Posted in hehehehe on March 8, 2010 by sekamarrindu2009

nilah gara-gara menggosok baju, mata lak asyik dok tengok Final Raja Lawak, tak pasal baju berlubang…aduh….sapa nak disalahkan?..takkan nak salahkan Raja Lawak pula ya tak?..salah diri sendiri la….apa-apapun baju tu dah takleh nak pakai lagi la…