Archive for the jalilliyah moden Category

Lagi Kes Buang Bayi: Kenakanlah Hukuman Gantung Kepada Mereka Yang Melakukannya….

Posted in jalilliyah moden on August 16, 2010 by sekamarrindu2009

bayi yg tdiak berdosa dibuang di dalam sungai Tambun Petaling Jaya, semalam
Sejak Januari hingga Ogos, seramai 64 orang bayi telah dibuang, dgn ini bermakna purata sebanyak 8 orang bayi dibuang dalam tempoh sebulan..apa sudah jadi dengan masyarakat Malaysia?….yang terbaru ialah penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara Petaling Jaya, kelmarin..
Amat senang nya.membuang bayi ke dalam sungai, seolah-olah spt bangkai ayam, bangkai kucing lagaknya..nilai nyawa bagi seorang manusia sangat murah sekarang ni…tergamak membuang ke dalam sungai, apalah dosa seorang bayi itu, sehingga sanggup membuang ke dalam sungai? Mayat bayi perempuan yg masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan kira-kira 11.40 pagi kelmarin.
Saya sangat-sangat bersetuju dengan cadangan kerajaan, untuk mengambil tindakan tegas dan menghukum seberat-beratnya kepada yang melakukan kesalahan yg tidak berperkemanusiaan ini.. Kenakanlah hukuman gantung sampai mati, apa nak dituggu lagi..?? Sudah tiba masanya pihak kerajaan memberi respons yg tegas dan keras..