Archive for the jemputan kwin Category

"cikgu datang rumah saya minggu depan, Mak saya nak kawin.."

Posted in jemputan kwin on October 8, 2010 by sekamarrindu2009

“cikgu datang rumah saya minggu depan, Mak saya nak kawin..”
itulah kata-kata yang keluar dari mulut anak murid saya (pelajar tahun 3) pagi tadi, sebaik aku habis kelas sains pukul 9.40pagi..
“wah…..mak kamu nak kwin ya…tahniah…InsyaAllah..kalau tak ada apa-apa hal cikgu datang..” kataku.. terdetik juga dalam hati aku….”betul ke tipu ni..tak ada kad ke.?” tak kan budak tahun tiga boleh jemput perkhwinan mak dia..” tak apalah…mak dia ibu tunggal setahu aku..memang tak eloklah menjanda lama-lama …dah ada jodoh tu..kwin laa ya tak..”
yang aku tahu..kerja2 menjemput pasal kwin ni bukan kerja main-main..kan pergi kan..tak ada apa2 majlis kan..aku juga yang malu…tak nak lagi terjadi mcm dulu…tersilap pergi rumah orang kwin…salah rumah, kerana majlis kenduri adalah sama tarikh dan tempat pun berdekatan saja..dah kenyang makan nasi minyak baru aku dan rakan2 tau salah rumah…ishhh..malunya aku…nasib baik belum bagi hadiah lagi…! wp kes ini agak berbeza tapi masih tak boleh lupakan hal tu…hehe…
masuk bilik guru, jumpa dengan cikgu Aziz, diapun bagitahu hal yang sama..dia juga dijemput datang mimggu depan, kerana mak budak tu nak kwin…
“minggu depan tu hari apa..?” tanya cikgu aziz…
“hari minggu la kot….” mana ada kenduri kwin orang buat hari keje..mesti masa cuti.. kata aku selamba.
Untuk kepastian aku menyuruh seorang pelajar memanggil pelajar yang jemput aku kenduri mak dia tu hadir ke blik guru..
” fiza..kamu pergi panggil nazim tu..” cikgu nak jumpa kejap..”
ikuti dialog aku dengan nazim:
” apa betul mak kamu nak kwin minggu depan?..kamu jangan main-main..pasal kwin ni nazim.” kata aku..

” mak saya ckp dia nak kwin…tapi tak tahulah cikgu..”

” aikkk….tadi ckp minggu depan..? dah tak tahu la pulak? kamu ni biar betul..” kata aku…pada aku bab2 kwin ni mana boleh main-main..mesti serius…

” saya dengar mak ckp dengan bakal ayah tiri saya tu..minggu depan..dia nak kwin..” kata nazim mcm nak yakinkan aku..”

“kalau betul tak apa…tapi kalau tak betul kang..ramai cikgu sekolah ni pergi kat umah awak..nanti malu nanti..”

“saya dengar mak masa dia borak di hp tu ckp minggu depan mak saya nak kwin..”..

” ishh..kamu ni..nazim.. tak apa..kamu boleh masuk kelas..”
Padaku…aku tak ambil serius sangat pun.. kata2 budak ni tak boleh percaya 100% sangat.. apapun kalau betul ibu pelajar itu akan berkawin minggu depan, tahniah saya ucapkan..! tak boleh salahkan dia…dia amat perlukan kasih sayang seorang bapa…dah lama bapanya pergi menyahut seruan Ilahi..
p.s kesiknyaaa