Archive for the kamar pengantin Category

Misteri Kamar Tidur Yang Membahagiakan Suami: Isteri atau bakal isteri perlu tahu..

Posted in kamar pengantin on November 26, 2010 by sekamarrindu2009

Keintiman pasangan suami isteri adalah dinilai daripada seberapa kerap mereka melalui masa bersama. Sama ada melakukan aktiviti tertentu yang menyeronokkan. Setelah seharian berkerja tentu saja tubuh badan, fikiran dan emosi perlu direhatkan. Untuk mendapatkan kesegaran baru pada keesokkan harinya, malam yang panjang adalah syurga bagi setiap pasangan yang bahagia.. Mereka melalui dengan gembira dan seronok, berbual-bual, bercanda mesra, bergossip yang positif dan ada juga yang suka membaca buku, artikel atau melayari internet bersama-sama.
Di manankah tempat yang sesuai untuk melakukan semua itu? Sudah temtu semua tu dilakukan di tempat tidur yang romantik. Isteri yang mahu menambat hati suami sememangnya amat peka dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tidur mereka. Apakah unsur-unsur yang boleh membangkitkan suhu asmara suami isteri di bilik tidur??
1. Unsur Sakinah
Kententeraman hanya diturunkan ke atas dua jiwa yang beriman. Anda mahu bahagia bersama suami? kalau mahu, pastikan bilik tidur anda tempat “berhimpunnya” rahmat Allah SWT. Di dalamnya sentiasa mengalir “udara bersih ” yang mengandungi ayat-ayat suci al-quran, sikir, sembahyang dan doa. Hanya unsur-unsur begini boleh menjadi benteng kekuatan dua jiwa, suami dan isteri. Apakah yang boleh menyatukan mereka selain Allah SWT? Suami yang soleh dan isteri yang solehah di dalam sebuah bilik tidur berada di bawah penjagaan Allah SWT yang Maha Penyayang. Begitu juga halnya dengan para malaikat, mereks suka memenuhi tempat-tempat yang disebiut di dalamnya ayat-ayat Allah SWT.
2. Unsur “Belaian Redha”
Umpama sentuhan seekor arnab berbulu lembut dan sewangi bunga-bunga di taman, begitulah keadaannya seorang isteri apabila bersama di samping suaminya. Namun, yang paling penting adalah sifat redha yang memendamkan segala cemburu, marah dan dendam. Memandang dengan pandangan redha, menyelami ke dasar hati masing-masing, banyak bersabar dan saling maaf memaafkan.
3. Unsur Senda Gurauan
Suasana yang akrab dan intim amat terasa apabila kita pandai mengoda pasangan kita., bersembang-sembang panjang, menonton atau mendengar lagu-lagu cinta, melayari internet bersama dan lain-lain Ada pasangan yang suka kepada warna yang sama, baju yang sendondon, buku dan majalah yang diminati bersama dan macam-macam lagi aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama-sama.
Jika anda cintakan suami, jangan cari satu perbezaan pun di antara dia dengan anda. Begitu juga dengan suami, jangan mengharapkan sesuatu yang isteri tidak mampu memilikinya. Belajarlah menerima dan menjalani hidup ini dengan penuh gembira serta bahagia.
Kehidupan sebenar sebuah perkahwinan bermula dari dalam bilik tidur. Jadikan ia tempat istirehat dan pengubatan jiwa kerana yang” di luar sana” terlalu menguji iman anda. Banyak perkara yang boleh menjejaskan rumahtangga yang dibina, percayalah, anda mampu menghadapinya dengan kekuatan yang anda miliki dari khazanah cinta dalam bilik tidur anda berdua…

– ke mana kamu?