Bulan, bias cahaya melukis malam menjadi teman.
ku bayangkan kamu di sini dalam pangkuan.
memetik angin, menuai rindu, tiada apa yang yang paling indah
dari pandangan selain melihat matamu bersinar di pangkuan..
Jarak. Aku menyintaimu, maka rindu menjadi pertemuan,
paling indah ketika kamu tiada di sisi.
aku terdengar gerimis di kejauhan.
memecah sunyi. memenuhi ruang hatiku
dengan gemuruh hatimu yang tak pernah henti..
Malam jadi panjang. di balik cerahnya bintang
di jalan ini kutemui jejak kita penuh kenangan..
ohh…sungguh ku merindui kamu sayang.!
Bulan. Jarak dan malam adalah rindu
yang tak pernah mati.
rindu ada jika kamu mahu daku tiada..
cinta ada jika kamu mahu daku ada..
Sayang. Daku mahu cinta yang berbeza.
dari cinta yang pernah kamu rasa..
apa itu cinta? Jika tiada tawa dan air mata..
tapi sejak diri saling menyinta..
terasa syurga ada di dunia..
p.s.. menyintaimu umpama senandung rindu, yang terus bergetar dalam hatiku..