Archive for the Kekasih Berkenalan Ketika Hendak Bunuh Diri Category

>[ gambar ] Kekasih Berkenalan Ketika Hendak Bunuh Diri

Posted in Kekasih Berkenalan Ketika Hendak Bunuh Diri on February 20, 2011 by sekamarrindu2009

>

Selamatkan antara satu sama lain … Andriej Ivanov dan Maria Petrova
Seorang pemuda yang patah hati telah merancang untuk terjun daripada sebuah jambatan tetapi telah menemui ‘cinta’ sebenarnya — dengan seorang gadis yang juga ingin membunuh diri di tempat yang sama.

Andriej Ivanov, 26, hendak mengakhiri hayatnya apabila tunangnya mati dalam satu kemalangan kereta sehari sebelum mereka dijangkakan untuk berkahwin.


Tetapi apabila sebaik tiba di jambatan di Ufa, di tengah Rusia — dia mendapati Maria Petrova sedang memanjat pagar jambatan.


Maria, 21, telah dihalau keluar oleh ibu bapanya kerana telah mengandung. Dia hanya sesaat lagi akan terjun daripada ketinggian 100 kaki ke dalam sungai Belaya yang sejuk ketika Andriej datangmenyelamatkannya.


“Dalam hati saya berkata dan saya tidak boleh membiarkan dia melakukannya walaupun pada masa yang sama hati saya sendiri sedang begitu kecewa.


“Saya menjerit, ‘BERHENTI !’ dan berlari kepadanya. Dia jatuh pada lengan saya sambil terisak-isak dan saya juga turut menangis. “Kami menahan niat antara satu sama lain lalu bercakap, bercakap dan bercakap. Malam itu telah menyelamatkan hidup saya – dan hidupnya.”


Pasangan itu terus berbual sehingga ke malam dan bersetuju untuk membantu satu sama lain mengubati hati mereka yang terluka.


Kini mereka merancang untuk berkahwin setelah memberitahu keluarga masing-masing tentang bagaimana kisah pertemuan mereka.


Maria berkata: “Dia adalah kesatria saya dan penyelamat saya.

“Semua kesakitan dan kepediham itu berbaloi kerana ia membawa saya untuk bertemu Andriej saya.”

Advertisements