Archive for the keputeraan Yang Dipertuan Agong Category

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI: DAULAT TUANKU!!

Posted in keputeraan Yang Dipertuan Agong on June 5, 2010 by sekamarrindu2009

Tuanku Mizan Zainal Abidin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Hari ini 05hb Jun 2010, seluruh rakyat Malaysia merafak sembah penuh taat setia ke atas Tuanku Mizan Zainal Abidin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang disambut pada setiap Sabtu minggu pertama bulan Jun.

Baginda ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke 13 pada 26hb April 2007, Tuanku Mizan dikenali sebagai seorang pemerintah yang kaya dengan latar belakang pentadbiran serta memahami masalah rakyat.

Baginda telah dilahirkan pada 22hb Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, kemudiannya baginda melanjutkan pengajiannya di luar negara di Pusat Pendidikan, iaitu Geelong Grammar School, di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda meneruskan pengajiannya di US International University-Europe di London.

Baginda juga telah melibatkan diri dengan kursus PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 02hb November 1982 hingga 31hb Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di England pada tahun1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 01hb Mac 1984 dan telah memberikan khidmat baginda dalam Askar Berkuda Diraja. Baginda telah dilantik Putera Mahkota Negeri Terengganu pada 06hb November 1979 dan kemudiannya dilantik menjadi Pemangku Sultan pada 20hb Oktober hingga 08hb November 1990.

Baginda juga merupakan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang pertama diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan ketika berusia 40 tahun.


Itulah serba ringkas berkaitan dengan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA PADA 05 JUN 2010 BERSAMAAN 22 JAMADILAKHIR 1431H.


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Tuanku…DAULAT TUANKU.