Archive for the kisah santai malam pengantin Category

>kisah santai malam pengantin

Posted in kisah santai malam pengantin on May 2, 2011 by sekamarrindu2009

>

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya…

Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis,

“Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?”

“Aaahhh sudah…, apa citer ni?” tanya Ramli dalam hati.

Separuh malam dia terbaring berfikir. “Oooh, agaknya isteri aku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.

Malam ke 2 adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isterinya..,

“Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai..?”

“Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayahnya yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’.

“Laaaa..” keluh ayah Ramli, “Sia-sia aku hantar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?”.

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet (segala yang relevan untuk pengantin baru je!) Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”.

“Oooh… cam tu…” sengih Ramli, “baru saya paham.” Taulah apa nak buat malam ni!” sambung si Ramli.

Malam yang sangat ditunggu2, Ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

“Aaaah.. nape pulak senyap, takkan dia give up..” tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata,

“Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?”

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun…

“Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun masih takde jawaban Ramli mencuba lagi.

“Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?”

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, “Maaf tuan… landasannya baru saje banjir…!”


moral:..nak kawin pun perlu ada ilmu…dan jauhkan diri dari menghampiri zina..