Archive for the Lelaki yang kahwin dengan BANTAL PELUK…. Category

[ pelik ] Lelaki yang kahwin dengan BANTAL PELUK….

Posted in Lelaki yang kahwin dengan BANTAL PELUK.... on August 1, 2011 by sekamarrindu2009

Lee Jin-gyu

Fate Testarossa
Lee Jin-gyu jatuh cinta dengan ‘dakimakura’ – sejenis bantal peluk besar daripada Jepun, dengan sekeping gambar watak animasi Jepun yang popular tercetak diatasnya.

Dalam kes Lee ini, bantalnya mempunyai imej watak Fate Testarossa, daripada ‘gadis sakti’ dalam siri-siri animasi JepunMahou Shoujo Lyrical Nanoha.



Kini otaku berumur 28 tahun (suatu istilah Jepun yang menterjemahkan antara ‘obsesi’ dan ‘nerd’) telah mengahwini bantalnya itu dalam satu upacara khas, selepas memakaikannya dengan baju perkahwinan dan mendapatkan perkhidmatan seorang paderi tempatan. Perkahwinan mereka turut dihadiri oleh media tempatan.


Dia benar-benar obses dengan bantalnya itu dan membawanya ia ke mana-mana,” kata seorang rakannya.

“Mereka keluar bersama-sama ke taman rekriasi atau taman hiburan dan menaiki permainan bersama. Jika dia keluar makan, dia mendapatkan kerusi untuk ‘temannya’ dan turut memesan hidangan,” mereka menambah.

Perkahwinan bantal peluk ini bukanlah perkahwinan pelik yang pertama – sebelum ini seorang warga Jepun Otaku mengahwini teman wanita mayanya Nene Anegasaki, satu watak yang hanya wujud dalam permainan Nintendo DS Love Plus, pada bulan November 2009.



P/S…mcm lah dah tak ada langsung perempuan di dalam dunia ni..