Archive for the luahan rasa gadis pakai baju ketat Category

>Luahan hati SR buat gadis-gadis yang suka memakai baju, seluar ketat dan sendat..

Posted in luahan rasa gadis pakai baju ketat on January 9, 2011 by sekamarrindu2009

>

Bila keluar di sekitar bandar Seremban ni, rata-rata anak gadis remaja Melayu yang bertudung dari 10 yang jumpa 8 yang memakai seluar dan baju yang terlalu sendat yang sangat jelas menampakkan buah dada…Betapa lelaki memang selalu diuji…digoda dengan mcm-mcm ini..

Lelaki diuji dengan lenggang lenggok dan gerak punggung yang..aduh…walaupun hakikatnya gadis melayu ini berbaju, dan pakai seluar…tapi sebenarnya mereka ni berbogel. Perempuan tak henti-henti memperjuangkan bahawa mereka selalu menjadi mangsa seksual lelaki, abis siapa pula yang nak memperjuangkan nasib terutama pada lelaki2 yang dalam katogeri ini..Ini pun kira “serangan seksual” juga..:))

Wahai perempuan, anak-anak gadis remaja yang dihormati.. kami ini ini lelaki yang lemah, kadang-kadang tak tahan juga dengan godaanmu…Labuhkanlah sikit pakaianmu supaya kami ini taklah terseksa dengan gangguan seksual yang ada di depan mata tu…

kalau si gadis memakai pakaian yang mcm di atas… kita nak kata sebagai apa?? Memakai tudung, menutup aurat di atas, tapi peha yang gebu itu tak ditutup… tapi apa nak buat..semua itu dah menjadi trend masa sekarang…kan tak pakai mcm tu…tak vouge pula kan??

Saya memuji langkah kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, YAB Dato Nik Abd.Aziz bin Nik Mat, yang memperkenalkan Kod Etika Cara Berpakaian bagi seluruh penduduk Islam, Kelantan dan bagi yang bukan beragama Islam, memadailah memakai pakaian yang sopan.Kepada sesiapa yang mahu melawat Kelantan haruslah berpakaian sopan..seandainya menjolok mata dan tidak menutup aurat..petugas-petugas MPKB akan mengambil tindakan, seperti menasihatkan mereka yang berkenaan supaya berpakaian sopan, dan akhir sekali pegawai MPKB tidak teragak-agak akan mendenda mereka jika masih berdegil..