Archive for the MAAL HIJRAH. Category

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H…..

Posted in MAAL HIJRAH. on December 6, 2010 by sekamarrindu2009

malam bulan Muharam..
anginnya mati ditinggalkan..
sepi di luar tanah perkuburan..
melintas dalam bayangan..

malam bulan Muharam..
bulannya lari kerinduan..
tangis tiada lagi berlinangan..
bersama kenangan yang ditinggalkan..

angin bernyanyi bulan Muharam..
paginya yang tenggelam..
hijrah nabi dalam tayangan..
untuk kita jadikan pedoman..

pagi ini kita sampaikan salam sejahtera..
tapi tentu tahun-tahun berlalu bersahaja..
tiada juga haus terbenam..
tiada juga tangis terpendam..

sedang
–kita setinggi langit menjadi lambang manusia..

pagi bulan muharam..
hijrah nabi dalam rangkulan..
satu kepercayaan masih bernama..
atas keperibadian seluruh dunia…
P/s: Salam Ukuwah buat semua sahabat-sahabat blogger saya…: semoga kita akan sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya.. SR mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H. Marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih lagi memelihara segala nikmat-nikmatNya iaitu nikmat Islam dan Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang dikurniakan kepada kita semua.. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW, yang telah berjuang jiwa dan raga..untuk memastikan islam itu sampai kepada kita sekarang…
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H…

... selamat maal hijrah juga buat kamu..!