Archive for the najlaa badriyyah.. Category

najlaa badriyyah.. yang lahir dari rahim cinta…

Posted in najlaa badriyyah.. on October 7, 2010 by sekamarrindu2009
bayi yang lahir dari rahim cinta..
menjeritkan kata mula di mana..
segala bahasa semesta bermula..
indah cinta bermandikan cahaya..
di malam bulan purnama.
dalam ruang putih warna..
tubuh letih tersenyum bahagia..
mendakap hangat najlaa badriyyah.
lahirnya pengikat cinta..
lelakiku…akan selalu bahagia..
sepanjang hidupku..
memilikimu sepenuh cinta…
lalu dia berdoa di dalam hati..:
lekaslah besar anakku..
tujulah segala rahsia hidup
yang lengkap dengan kesempurnaanmu..!
begitulah bisik perempuan..
kepada lelaki yang duduk menunggu
di sampingnya itu…
p/s dari balik jendela…kau bisik kata mesra..cinta kita sempurna…
Advertisements