Archive for the nak hisap hisap laaaa…. Category

tak cun laaa cikgu bila tak hisap rokok..

Posted in nak hisap hisap laaaa.... on November 21, 2010 by sekamarrindu2009

bila berjumpa rakan-rakan….mesti rakan2 akan hulurkan rokok kat aku…walaupun dia orang tahu aku ni tak hisap rokok…tapi diluhur juga…puas dibagitahu…
” saya tak merokok..
begitulah betapa baiknya kawan-kawan aku ni kan?..yalah dah tahu saya ni bukannya merokok tapi dipelawanya juga… dalam ramai-ramai rakan aku ini.. hanya aku yang tak hisap rokok..yang lain tu semuanya…”sambung puntung rokok”..
” aku kan..rela putus cinta..daripada putus rokok…” tulah nak bagi perbandingan betapa orang yg dikelaskan sebagai “perokok tegar” akan merokok juga.. walau apapun yang berlaku..
yang ni lagi teruk..
bini aku suruh pergi kedai beli lampin anak.. boleh bagi dalih….”alaa..esok lah beli..dah malam ni…” tapi seandainya rokok yang abis….malam pun akan keluar pergi beli rokok.. tak kira walau hujan, ribut petir ke apa ke..mesti kena beli rokok…ishhh…teruknya..
di sekolah baru-baru ni aku dapat tangkap ada pelajar tahun 4 hisap rokok….ishh..ni lagi teruk..bila pihak sekolah panggil penjaga pelajar berkenaan datang ke sekolah..nak tahu apa penjaga tu kata….aaahh..dengar ni..
” cikgu…memang saya benarkan dia hisap rokok..” adakah patut ada bapa yang boleh kata gitu…?..so apalah pihak sekolah nak buat lagi…?
dan satu lagi….pelajar lelaki di sekolah menengah rata-ratanya memang hisap rokok..bukan saja pelajar lelaki, malah ada juga pelajar-pelajar perempuan pun merokok sama…
” tak cun la cikgu..kalau tak merokok..” tulah yang terpacul di bibir mulut salah seorang bekas pelajar ( baru tingkatan 1) sekolah saya bila terserempak dengan saya sewaktu membeli rokok di sebuah kedai runcit..

– selamat lena cinta...

Advertisements