Archive for the Nenek 107 tahun masih perawan ingin kahwin Category

>Nenek 107 tahun masih perawan ingin kahwin,ada siapa yang mahu?

Posted in ada siapa yang mahu?, Nenek 107 tahun masih perawan ingin kahwin on June 12, 2011 by sekamarrindu2009

>

Di China seorang nenek yang berumur 107 tahun akhirnya memutuskan akan berkahwin untuk pertama kali dalam hidupnya. Padahal ketika ia masih muda, ia menolak untuk berkahwin kerana tidak bersiap sedia. Kini ketika usianya semakin senja, barulah ia menyatakan siap untuk membina rumah tangga.

Wang Guiying, begitu nama nenek unik ini, kini mencari seorang laki-laki yang berminat menikahinya.Dia berharap mendapatkan seorang suami lebih muda darinya, antara 90 atau awal 100 tahun. Selain sekarang ia merasa telah siap sedia kerana tidak mahu menyusahkan anak saudaranya apalagi sejak kakinya patah ketika berusia 102 tahun, sehingga membuatnya berhenti mengerjakan tugas-tugas rumah tangga.

Wang Guiying berkata,” Apa yang akan terjadi jika saya tidak segera menemukan seorang suami?”
Wang yang lahir di daerah selatan Guizhou , sewaktu mudanya sangat takut menikah kerana ia trauma melihat pak ciknya memperlakukan isteri dengan kejam. Bukan hanya itu, ia kerap menjumpai kehidupan rumah tangga di daerahnya yang ‘mengerikan’ di mana perlakukan seorang suami pada isterinya.

Di era Wang muda, memang kedudukan sosial wanita jauh lebih rendah di bandingkan dengan laki-laki, kerana pemandangan suami menyiksa isteri adalah hal biasa pada masa itu. Ini menimbulkan trauma berkepanjangan dalam hidup Wang yang akhirnya menolak utuk berkahwin.