Archive for the pelajar tahun 1 Category

Kisah pelajar tahun 1..

Posted in pelajar tahun 1 on February 10, 2010 by sekamarrindu2009

suasana di kelas Tahun 1

mengajar Tahun 1 sangat menutut kesabaran yang tinggi..biasalah kanak-kanak yang manja, pelbagai kerenah yang boleh dilihat..ada yang lucu, pelbagai ragam..walaupun saya tidak mengajar Tahun 1, ( tak tahu sebab apa?), saya sangat teruja apabila apabila kadang-kadang menggantikan guru yang tidak hadir…

pelajar-pelajar Tahun 1 yang sangat manja dan saya pun sangat sukakan kanak-kanak akan melayan pelbagai kerenah mereka..kira saya ini guru kesayangan murid-murid Tahun 1,hehehehe. walaupun saya tidak mengajar di kelas tersebut..

aktiviti-aktiviti bercerita sambil bermain gitar, atau diselitkan beberapa silap mata yang simple (murid tahun 1 leh laaa….heheheh) bagi menarik minat serta tumpuan murid semasa p&p dio kelas terpaksa saya lakukan….

Apa yang paling istimewa, di kelas ini ialah terdapatnya seorang murid OKU ( Pelajar Kurang Upaya). Walaupun dia pelajar OKU, namun tahap penguasaan 3M sangat cemerlang, dia boleh membaca, mengira, dan menulis dengan baik sekali…alhamdulilah..meskipun kekurangan dalam segi fizikal, namun Allah swt mengurniakan beliau tahap penguasaan yang cemerlang dalam penguasaan pelajaran..