Archive for the Penentuan Hidup atau Mati Bola Sepak Malaysia Malam Ini Category

Penentuan Hidup atau Mati Bola Sepak Malaysia Malam Ini

Posted in Penentuan Hidup atau Mati Bola Sepak Malaysia Malam Ini on July 28, 2011 by sekamarrindu2009


Pemain Harimau Malaya gigih menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Malam ini pertemuan Hidup atau Mati, pasukan Harimu Malaya.. Kalau menang, satu kejayaan yang sungguh bermakna buat diri seluruh pencinta bola sepak termasuklah saya.
Selamat berjuang kepada semua pemain-pemain Harimau Malaya.. Tidak ada yang mustahil untuk dapatkan 2 gol bagi mencipta sejarah gemilang bola sepak negara berjaya melepasi pusingan ke 3, ( sejak merdeka kita belum pernah melepasi pusingan ke 2 pun..perigkat awal dah tewas). Inilah peluang terbaik untuk Malaysia.
Saya ulang, tidak ada yang mustahil, lupakanlah kekecewaan yang terjadi di Singapura baru-baru ni. Langkah awal untuk mematikan semangat Singapura ialah dengan Malaysia wajib menjaringkan gol awal, bagi memberi tekanan kepada Singapura.
Kepada pertahanan yang menjaga/mengekang gawang daripada dibolosi, perlu bijak/ jangan bagi banyak ruang untuk pemain-pemain berlegar2 di depan gol Malaysia. Kesilapan lalu JADIKAN IKTIBAR.
RTM 1 dan Saluran Nadi Arena 801 akan menyiarkan Siaran Secara Langsung Perlawanan penting ini malam ini tepat jam 8.45 malam. 90 ribu penonton dijangka memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini…
“Gomo Harimau Malaya Gomo Singa..”

Advertisements