Archive for the peramah… Category

orang kita memang peramah……

Posted in peramah... on December 5, 2010 by sekamarrindu2009

rakyat malaysia adalah masyarakat yang memang peramah….ini sangat diakui oleh ramai pihak…
kita pernah dengar situsi mcm ni..
situasi 1:
kita hendak pergi ke bilik air untuk mandi dan rakan sebilik kita selalu tanya mcm ni…;
” kau nak mandi ke..?
orang yang tanya kita mcm ni..kita boleh jawab :
” taklah…aku nak pi main layang-layang..kau nak ikut ke? Jom laaa..”

situasi 2:
kita baru balik dari kerja, dalam ( mood yang penat-penat), ada jiran tegur,
“baru balik kerja ke..?”
orang yang tanya kita mcm ni..kita boleh jawab :
” Taklah…saya dari rumah nak pergi keje lah ni…opis saya dah pindah kat rumah, dan rumah saya dah pindah kat opis…”
situasi 3:
kita berada di stesyen bas dan ada rakan kita nampak lalu bertanya..
” Tunggu bas ke..?”
orang yang tanya kita mcm ni..kita boleh jawab :
Taklah…aku sedang tunggu helikopter, lambat pulak ari ni..selalu awal….
situasi 4:
kita sedang makan nasi dan ada orang tegur..
” tengah makan nasi ke..?
orang yang tanya kita mcm ni..kita boleh jawab :
“taklah..aku sedang minum air ni..tak nampak ke?”
Situasi 5
Kita tengah sibuk giller buat kerja di pejabat, ada rakan setugas kita tegur…
” Eh…..kau sibuk ke..?”
orang yang tanya kita mcm ni..saya serahkan pada rakan-rakan yang menjawabnya:..
tapi itulah buktinya betapa peramahnya masyarakat kita…

………..

Advertisements