Archive for the peribahasa moden Category

mari belajar Peribahasa Moden Dengan Saya….

Posted in peribahasa moden on November 25, 2010 by sekamarrindu2009

( apakah peribahasa moden yang sesuai dengan yang ni..?)

Kadang-kadang terpikir..orang dulu-dulu memang pandai mencipta peribahasa2 yang bagus dan sehingga kini masih digunakan.. contoh: “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah peribahasa ini bukanlah kerana orang Melayu suka makan hati gajah…lagilah dengan hati kuman tukan..cuma untuk menjelaskan sifat gotong-royang tu sangat perlu dalam kehidupan.. begitu juga dengan lain-lain peribahasa yang beratus-ratus tu..
Tu peribahasa yang lama…tak ada ke peribahasa yang terbaru dicipta? setakat ini masih belum ada lagi..so untuk mengorak langkah bagi memperkayakan peribahasa ini, maka Sekamar Rindu cubalah buat-buat Peribahasa..kot-kot boleh guna sesuai dengan masa sekarang ini…peribahasa moden la lebih kurang….hehe
Bagai Aur Dengan Tebing tukar kepada (Bagai Handphone dengan Topup)
Bermaksud sama juga dengan Bagai aur dengan tebing tu..cuma tukar Handpone dengan Topup saja.. ini menggambarkan kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain…
Tiada Tali Akar Pun Boleh Guna tukar kepada ( Tiada nasi ..Mee Segera Pun boleh Tibai..)
Membawa maksud bila tidak ada sesuatu yang penting tu, barang-barang yang kurang penting tu pun boleh lah guna…daripada takde langsung kan…..
Ibarat Mencurah Air Di Daun Keladi tukar kepada ( Ibarat Menjadi Jaga Di Balai Polis)
Peribahasa ini memberi gambaran, seseorang yang buat keje yang sia-sia la kan…takkan nak jadi jaga di Balai Polis pulak..kan dah ada ramai polis2 tu.,,.keje yang sia-sia la tu….jangan dibuat tau..!
Marahkan Nyamuk Kelambu DiBakar tukar kepada ( Marahkan Bini Biokot Makan Nasi )

Peribahasa ini pun mengambarkan sesorang buat sesuatu keje yang tak kena tempat.. nak marah kan bini, marahllah..tapi tang makan nasi tu..kena laa makan..kesian kat dia yang penat-penat masak..
Baik Pijak Semut Pun Tak Mati ditukar kepada ( Baik Seperti Mat Rempit Di Balai Polis)
Membawa maksud orang yang suka berbuat baik di depan orang saja..di belakang ..fuhhh…dialah raja terutama di jalan raya….
Tak Pandai Menari Lantai Pulak Disalahkan tukar kepada (Tak Dapat Bayar Hutang Bank..Ah Long yang disalahkan..)
Bermaksud orang yang suka menyalahkan orang lain…pada hal diri sendiri yang salah..yang kau tak bayar hutang bank tu apa pasal..?
Seperti Kacang Lupakan Kulit tukar kepada ( Dapat bini baru..bini tua dilupakan….)
Peribahasa ini memberi maksud orang yang tak mengenang budi..dulu masa mula kwin, isteri tulah dok tanggung suami yang ..banyak duit, kereta ditanggung oleh bini…alih-alih bila suami dapat naik pangkat…lupa bini yang banyak berkorban untuk dia..

– apa khabar..?