Archive for the rindu hujan.. Category

rindu hujan rindu kamu…..

Posted in rindu hujan.. on September 26, 2010 by sekamarrindu2009


malam tadi bersama abang saya pergi beraya di Melaka..
nak tak ikut abang yang ajak, mahu tak mahu pergi la juga…..

balik rumah jam dah melewati 4.00 pagi. sebelum mata lena ( entahlah lena ke tak)
sempat buka blog dan cuba coretkan serba sedikit kat sini..

skg jam 4.30am..masih lagi mata belum menunjukkan tanda2 mahu lelap..tak tahulah kenapa..mungkin dah terlebih masa tido yg sepatutnya agaknya..
jadi mata sukar nak tido…penat memang penat….

saat menulis entri ni, sambil mengirup teh panas… di luar rumah hujan renyai-renyai..alhamdulillah hujan rahmat kurniaan Allah swt pada bumi…susananya terasa sangat hening tiba-tiba perasaan rindu menjelma dalam diri…suatu perasaaan yang sangat sukar digambarkan…

Hujan masih turun..derai air dari langit membasahi jalanan yg sepi..

aku merindukan hujan yang biasa datang tiba-tiba, tanpa permisi

rindu pada butiran airnya..
rindu pada kuyup basahnya
rindu pada cinta penuh kenangan di dalamnya..


aku merindukan pelangi yang biasa hadir setelah hujan pergi.. rindu pada tujuh warnanya…rindu pada lengkung sempurnanya…rindu pada anggun titik-titik airnya..

dalam dalam hujan juga ku rindukan kamu..yang biasa hadir ketika hujan dan pelangi tiada di sini….rindu pada diammu yg sepi…rindu pada dinginmu yang sunyi…rindu pada gelak tawa, senyumanmu yang misteri…


p/s: aku tersedar untuk tak beku…..tak biarkan pagi merampas mimpi…