Archive for the sabarlah saja.. Category

sabarlah saja..

Posted in sabarlah saja.. on February 13, 2010 by sekamarrindu2009

Hari ini, seleps solat subuh, hati terasa sangat hening, hajat untuk pulang ke kampung kerana cuti sekolah selama 5 hari, terganggu kerana ada beberapa perkara yang tak dapt dielakkan..Namun sudah dimaklumkan kepada ayahanda akan hal ini, dan ayahanda faham..

begitulah kehidupan yang kadang-kadang tidak terlepas dari pelbagai ujian dan dugaan. Aku sudah biasa melalui semua itu..hidup penuh warna warni, ada duka, ada gembira, semua dirasa. Walau bagaimana perit sekali pun, hidup perlu diteruskan juga..Teringat kata-kata dari HAMKA, beliau menyatakan “Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga, adakalanya disirami airmata dan juga darah”.. hebat betul kata-kata beliau.

Kepada yang bercuti tu, selamat bercuti..gunakanlah masa cuti tu dengan sebaik-baiknya.
hari ini angin mengirimkan getar jemarimu..
ke ruang-ruang kenangan
dan bulan pun berlipat senyum
seperti wajahmu yang selalu dirindu.
tentang kita selalu kutampung semua cerita
yang dulu merah jambu menggenangi ruang dada..

p/s: sabarlah saja…