Archive for the sahabat.. Category

>Bila harga persahabatan sudah tiada…..

Posted in sahabat.. on February 17, 2011 by sekamarrindu2009

>

Dalam meniti arus perjalanan kehidupan ini…terkadang aku keliru bila dan kembali bertanyakan apakah maksud “nilai persahabatan”. Seorang rakan berkata..untuk melihat seseorang itu ikhlas berkawan dengan kita atau pun tidak, kita tengoklah semasa kita susah, ada tak kawan-kawan kita yang dulu seiring dengan kita membantu kita?..yang pasti tak ramai yang akan membantu,” masa susah kau tanggunglah sendiri,..”

kekadang kita sangat berbuat baik dengan sahabat kita…tolong mereka semasa dia susah, tidak terlalu berkira dalam segala hal, sanggup berkorban masa, tenaga dan lain-lain lagi tetapi apa yang kita dapat? di belakang kita dikutuknya kita berbakul-bakul.. apa jenis sahabat mcm ni?

saya jenis seorang yang berfikiran terbuka..boleh berbicara dengan sesiapa saja, selalu sedar diri, seboleh-bolehnya mahu menjaga hati para sahabat, tetapi tidak bagi mereka yang saya anggap sahabat yang baik. Jarum dengki sering dicucuk-cucuk, jarum dendam ditujah-tujah sehingga meranapkan nilai dan harga sebuah persahabatan…

pengalaman merantau dalam dan luar negara, bertemu dengan pelbagai rencah ragam manusia sangat mematangkan diri saya.. tak mengapalah, mungkin ini sudah adat dunia..perlu hadapi juga walaupun sangat kecewa juga dengan para yang saya gelarkan sahabat..walaupun tidak semua..tetap terkesan di dalam hati..

memaknai seorang sahabat……….

Posted in sahabat.. on May 19, 2010 by sekamarrindu2009

sahabat, satu perkataan yg mempunyai banyak pengertian..kadang-kadang, kita telah mengenali seseorang itu sudah agak lama, dan kita fikir dialah sahabat kita, ternyata di saat kita menghadapi kesulitan dan masalah, dia hanya bersikap seperti seorang kawan biasa saja. Bukanya selayaknya menjadi seorang sahabat, itulah apa yang kita fikirkan di kala kita hadapi masalah.Sahabat yang baik, ialah dia pasti akan memahami diri kita, memberi motivasi dan semangat bukannya melarikan diri di saat kita menghadapi masa-masa sukar. Sahabat yang baik ialah, kita boleh mengajak mereka berbagi pelbagai rasa, sedih, suka pahit dan manis. Sahabat yang baik ialah, kita boleh menceritakan apa saja padanya, dia juga pasti akan menjadi pendengar yang baik, bukan sambil lewa saja..

Mencari seorang sahabat yang sejati, sesejati Abu Bakar as-siddiq amat sukar. Ibarat mencari mutiara yang tersembunyi di dalam sejuta tiram di dasar lautan yang sangat luas. Seribu kawan yang hadir tidak boleh menyamai dengan seorang sahabat yang sejati.

Pada saya sahabat yang baik umpama cermin, ketika kita memandang cermin, apakah yang boleh kita nampak? Pastilah apa yang kita nampak ialah sekujur tubuh kita, pakaian yang sama, hati dan nurani yang sama. Tetapi adakalanya kadang-kadang dek kerana satu saja perkara yang telah melukakan hati kita, sahabat yang dulunya baik dengan kita, kini telah meninggalkan kita, pergi bagaikan angin lalu, dulu seseorang itu seringkali datang menyapa, bertanya khabar, sering berbagai rasa kini, semua itu tiada lagi.. Mengapa ini berlaku? Itulah realiti kehidupan, kadang-kadang tidak semua seorang sahabat menepati metafora tersebut. Mungkin selayaknya dia sebagai seorang kawan biasa saja, belum mencapai ke tahap seorang sahabat lagi..

Saya sangat menghormati kawan, dan sahabat saya. cuba untuk sedaya upaya untuk tidak melakukan hal-hal yang boleh melukakan hati kawan dan sahabat saya. Namun, kadang2 kita terbuat jugak, jesteru apabila kita menyedari akan kesalahan kita, kita sewajarnya memohon maaf, itu saja. Kadang-kala untuk menyebut perkataan “maaf” sangat sukar, mungkin kerana seseorang itu ego dan sukar mengakui akan kesilapannya.. sudah menjadi adat dunia, terima sajalah..

Akhirnya, saya ingin menyampaikan salam bahagia buatmu. juga buat insan-insan yang sudi singgah di blog saya ini. Izinkan saya memanggilmu sebagai sebagai “sahabat”. Saya mahu memanggil kalian “sahabat” panggilan mesra Rasulullah SAW. Suatu sapaan akrab yang begitu indah bunyinya.

Saya juga baru kehilangan seorang sahabat baik saya, cikgu Esma yang dipanggil pulang oleh Ilahi pada 16hb April 2010 yang lalu. Kehilangannya sangat dirasakan. Saya sempat menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya yang bersih, tersenyum. Saya membacakan al-fatihah dan surah Yasin sedekah untuknya, perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya kucup dahinya. Semoga Allah swt mencuri rahmat ke atas rohnya.
p/s: bahagia bersamamu….kamu adalah segala-galanya..