sayang.. malam ini tak ada yang istimewa
hanya aku yang sedang menggarami luka
kerana matahari tak berhenti sembunyi
sementara sunyi kulantunkan di antara gerimis
sayang kubuatkan santapan untukmu malam ini
sekepul hangat puisi
semangkuk bintang yang berhasil ku petik semalam
juga sisa mimpi yang masih menempel di tepi pagi