Archive for the SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA Category

>SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

Posted in SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA on March 14, 2011 by sekamarrindu2009

>

  1. Sila letak tajuk : SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA
  2. Jika anda blogger LELAKI maka sila jawab soalan ini..[ yess..Lelaki Sejati…!!]
    1. Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?
      Dalam soal melilih wanita pilihan hati sebenarnya, perlu dibuat secara berhati-hati, tidak boleh terburu-buru kerana kesilapan memilih akan membuat kita merana sepanjang hayat…sesuai dengan falsafah saya, “berkahwin cuma sekali”.
      Semua mahu yang terbaik, tak bermakna saya mahu seorang wanita yang terlalu cantik..dan terlalu sempurna..sebab kecantikan itupun adalah subjektif..yang penting hati kita bahagia.dan rasa tenang dalam meniti perjalanan di pentas kehidupan bersamanya.
    2. Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda ..
      Seksi bagi saya apabila saya menatap wajahnya hati saya berdegup kencang..
    3. Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?
      Kita tak usah bercakap soal cinta, kalau tidak tahu tentang pengorbanan..tapi sejujurnya dalam cinta itu sendiri pun berkait rapat dengan pengorbanan. Cinta itu penuh pengorbanan, kepahitan, keindahan, dan kehangatan. Cinta adalah sebuah keinginan untuk memberi sebanyak-banyaknya, tanpa kita memikirkan balasan setiap apa yang telah berikan pada orang yg kita cinta..

      Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu apabila saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

      Kekasihnya bertanya,

      “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa apa-apa alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata ,“Tolong jaga mata saya baik-baik…” [ satu contoh pengorbanan dalam cinta..! ]

    4. Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?
      Tentang apa saja tu perlu diperjelaskan dengan tepat..Selagi tak bertentangan dengan hukum hakam agama, boleh dipertimbangkan.
    5. Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?
      Sebagai lelaki, jika ini berlaku agak rumit, dalam satu-satu perkahwinan restu kedua-dua belah pihak sangat penting untuk kebahagiaan pasangan, tanpa restu mereka, masalah akan timbul di kemudian hari…..jika saya tidak diterima sebagai menantu,[ ..” saya tidak akan teragak2 untuk memikirkan untuk langkah2 yang seterusnya……]
    6. Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?
      Cinta monyet masa kecil2 dulu adalah..:
    7. Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum … kenapa ?
      Sukar mahu mejawab soalan ini, saya tidak ada data dan layak untuk menjawab soalan ini..
    8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
      Perasaan cemburu sering dikaitkan dengan mesej kasih sayang..tak cemburu maknanya tidak sayang kan? Bagaimana pun, perasaan cemburu tu biarlah berpada-pada, janganlah cemburu buta.. jika berlaku juga cemburu yang tidak sihat, pasti akan memberi kesan yg negetif dalam satu2 perhubungan. Sejujurnya saya ada juga terasa cemburu..

link abang ben