Archive for the selamat pengantin baru Category

Selamat Pengantin Baru Buat En.Zul dan Pn.Safini…

Posted in selamat pengantin baru on June 6, 2010 by sekamarrindu2009

kawan saya Zul dan isterinya Pn.Safini..

hari bersejarah buat kedua mempelai
baru sampai ke rumah pengantin perempuan
aktiviti memakai samping
mcm hang tuah gayanya..hehe
bergerak ke rumah pengantin perempuan dari rumah yg disediakan
menu org kahwin.
saya makan sikit saja….
bertolak dari rumah saya..
bertolak ke rumah pengantin perempuan dari rumah saya
seperti yg dinyatakan dulu (entri sebelum ini), pada tanggal 06hb Jun 2010, kawan saya kahwin..semua rombongan pengantin lelaki singgah di rumah saya ( transit ) sebelum ke rumah pangantin perempuan di Johol. Adalah dalam 12 buah kereta singgah, penuh rumah saya. Adat orang bertandang di rumah, saya sempat menyediakan sarapan pagi nasi lemak dan mee goreng untuk ke semua yang datang itu.
Lepas sarapan pagi, dan selepas berehat seketika, kami 13 buah kereta ( termasuk saya) bertolak ke Johol. 1 jam memandu akhirnya kami tiba di sebuah rumah yang telah disediakan untuk pengantin lelaki bersiap apa yang patut.
Majlis perkahwinan ini boleh dikatakan meriah, cuaca pun alhamdulillah baik..semuanya berjalan lancar spt yg dirancangkan….
Saya mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT EN ZUL DAN ISTERINYA PUAN SAFINI, SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT…..AMIN..
p/s: best tengok orang kwin…….:))