Archive for the sendainya abang halal buatmu..sayangku…. Category

>sayangku…seandainya abang halal buatmu……

Posted in sendainya abang halal buatmu..sayangku.... on February 6, 2011 by sekamarrindu2009

>

sayangku……seandainya abang halal buatmu..di hari perkahwinan kita abang berjanji padamu..abang akan sedaya upaya akan membahagiakan seluruh hidupmu, susah senang akan kita tempohi bersama.. sudah terlalu lama kita tempohi titian perjalanan ini bersama..sepanjang perjalanan kita..pahit, manis segala cabaran dan dugaan kita berjaya atasi….

sayangku,,

di malam pertama kita, abang akan bersimpuh bersamamu, isteri kesayanganku, sama-sama kita sujud pada Allah swt, Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang memberikan segala rahmat buat kita kerana Dia menemukan kita..pertemuan yang ini sungguh besar dalam hidup kita….

sungguh indah malam ini sayangku…selepas kita harungi onak dan duri, akhirnya doa kita telah dimakbulkan Allah swt…sayangku…, akan abang curahkan seluruh kasih sayang dan cinta abang padamu…biarmu dapat rasakan betapa manisnya cinta antara kita yang selama ini kita pupuk, kita bajai bersama…

sayangku.., biarlah kita sama-sama mengharungi sungai-sungai lesu, bersampan hatiku dan hatimu..berdayungkan cinta dan kasih kita, memancing cemburu berumpan rindu antara kita… memang perjalanan kita sebelum ini penuh ranjau dan duri..banyak dugaan dan ujian yang kita tempohi bersama, berkat kesabaran kita, segalanya kita berjaya kita hadapi..

sayangku…., ketahuilah kamu.., abang bukan saja ingin hidup dengan mu di dunia ini saja…..malah di akhirat dan di syurga Allah swt nanti pun, abang ingin bersamamu…InsyaAllah…