Archive for the suami homoseksual Category

"6 tahun nikah aku masih dara……."

Posted in suami homoseksual on November 20, 2010 by sekamarrindu2009

membaca akhabar metro hari ini muka depannya .“Enam Tahun Nikah, Isteri Masih Perawan” menarik minat saya…itulah kisah derita seorang isteri yang bernama Citra, 35 tahun gara-gara bersuamikan seorang gay..bayangkanlah 6 tahun, suami tidak pernah menyentuh isteri..betapa deritanya hati seorang isteri apabila diperlakukan dengan sebegitu rupa..
rahsia si suami terbongkar apabila, beliau memasang alat perakam rahsia di dalam kereta suaminya, selain penemuan gambar, maklumat dalam dairi serta pendedahan rakan karib yang bersimpati hal ini..
Menurut Citra lagi, di awal perkenalan, suaminya cukup sempurna, apatah lagi tampil dengan ciri-ciri lelaki alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudaranya.
6 tahun suatu jangkamasa yang lama …dan sebagai manusia kita boleh bayangkan betapa tersiksanya hidup seorang isteri yang tidak mendapat haknya yang halal daripada seorang suami.. suami pulak tidak melayan isteri dengan cara yang sepatutnya…yang haram juga disukaiinya….apa jenis manusia laa macam ini..!
Itulah yang berlaku seandainya dalam satu-satu perkahwinan, tidak berlandaskan akan hukum-hukum Allah swt..yang difikirkannya hanya nafsu serakah semata-mata..saban hari bergelumbang dengan noda dan dosa..sesungguhnya syahwat yang menyengat itu lebih ganas daripada sengatan kala jengking yang berbisa..akibatnya rumahtangga yang dibina pada awalnya atas dasar cinta hancur berkecai gara-gara suami homoseksual..
Sangat malang mempunyai suami bernafsu syaitan mcm itu..
sumber: harian merto

– mengalu-alukan kepulangan..