Archive for the tahniah n9 Category

Tahniah Negeri Sembilan: Kali Kedua Menjuari Piala FA selepas Tahun 2003

Posted in tahniah n9 on April 11, 2010 by sekamarrindu2009

Negeri Sembilan menjulang Piala FA

suasana di dalam stadium
perlawanan yg mendebarkan..
sebelum permainan dimulakan
serangan Kedah ke kubu Negeri Sembilan
sepakan sudut kedah
perlawanan yang mendebarkan..
suasana di dalam stadium dari arah tempat duduk saya


Dari Seremban, saya menunggang motosikal ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Bertolak selepas asar, lewat pun tidak ada halangan, sebab tiket untuk final sudah ada. Perjalanan sangat lancar, best sangat menunggang motor..sejujurnya memang lama ku tidak menunggang motosikal untuk perjalanan jauh 96km(pergi balik 192km) seperti itu, namun, bagi mengelakkan kesesakan teruk untuk ke Stadium Bukit Jalil

Sempat bersiar-siar di persekitaran stadium, melihat barang-barang yg dijual. Gelagat kedua-dua penyokong dilihat, diperhatikan, ada yg sempat dirakam dengan kamera saya, untuk dijadikan koleksi, buat kenangan..bukan senang untuk melihat gelagat penyokong kedua-dua pasukan yang berjumlah kira-kira 70,000 orang malam tadi. Sungguh mengujakan..

7.45 malam solat maghrib di surau bersebelahan stadium, dan selepas solat, sempat ke gerai untuk minum milo panas, membasahkan tekak, dan makan beberapa biji kuih, cukuplah untuk alas perut. Di gerai tersebut, jelas terdengar perbualan beberapa orang penyokong Kedah yang berkeyakinan pasukan Kedah akan memenangi final malam ini.. Saya hanya mendengar sambil menghirup milo panas…mereka saja mahu provokasi saya agaknya. Sebab di satu hanya saya saja yang memakai jersi kuning Negeri Sembilan. hehehee..

Tepat jam 8.00 malam, saya memasuki stadium melalui gate berwarna hijau. Selalaunya di dalam stadium berada di kedudukan tengah-tengah, namun malam tadi berada di kedudukan membelakangkan gol, rasa kurang selesa dengan pemandangan tu, namun dah rasa malas nak panjat tangga..duduk sajalah kat situ..cari tempat yang sesuai, tangan tak putus-putus memegang kemera sebanyak 1000 pic diambil malam tadi..dah mcm wartawan sukan lak rasanya…

Perlawanan Dimulakan:

Sebaik saja R.Krisnan, pengadil yang bertugas malam tadi meniupkan wisel memulakan permainan, Kedah bermula garang, apabila gandingan penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar, Mohd Sabree Mat Abu, Shahrulnizam Mustapa, Azmi Abu, menyerang ke gawang Negeri Sembilan, kecekapan penjaga gol, Negeri Sembilan Sani Anuar banyak menafikan gol untuk Kedah.


Begitu juga dengan Negeri Sembilan, dalam minit ke 7, pemain Idris Karim, hanya kekurangan beberapa inci sahaja untuk menyambar lintasan bola hasil sepakan sudut K.Thanaraj dari sebelah kiri. Kalau tidak, sudah pasti gempak gempita Stadium Nasional Bukit Jalil tu…

Dalam minit ke-27 permainan, Stadium Nasional gegek gempita dengan jeritan kegembiraan kem Kedah, dan ribuan penyokong Hijau Kuning ketika menjadi sakasi Baddrol mempamerkan kepintarannya menjaringkan gol pendahuluan perlawanan. Gol tersebut sangat cantik, hasil gerakan ‘one-two’ dengan Mohd Fadly Baharum, sekaligus memerangkap penjaga gol, Negeri Sembilan Sani Anuar Kamsani dengan gol pertama Kedah. Senyap..di kem Negeri Sembilan. tergaman dan terpaku.. terdengar suara dengan jelas beberapa penyokong Negeri Sembilan, mengeluh…dan bermacam-macam gelagat lagi..Buat pengetahuan semua, penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar antara pemain Malaysia yang pernah dihantar untuk mengadakan latihan bersama pemain-pemain Chelsea, di England.

Negeri Sembilan yang tersentak dengan gol, awal Kedah, telah mempertajamkan jentera serangan, dan pada minit yang ke 39, setelah penyerang muda Negeri Sembilan, Shaffik Rahaman, menggelecek 3 pemain pertahanan Kedah, iaitu Shahril Faizal, Shahrizan Rashid dan Mohd.Azmi Muslim dan memperdayakan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias. Shaffik Rahaman menggunakan kaki kirinya untuk mejaringkan gol, jarang-jarang dilakukan oleh seorang pemain yang sangat biasa menggunakan kaki kanan untuk menjaringkan gol.

Separuh Masa Kedua:

Separuh masa kedua, menyaksikan penguasaan bola berpihak kepada Kedah dengan asakan bertali arus ke kubu Negeri Sembilan, dan seawal minit ke 46, Khyril Muhymeen, hampir-hampir menjaringkan gol kedua bagi Kedah..

Sesekali sekala saja bola berada di bahagian Kedah, dengan kata lain, pasukan Negeri Sembilan banyak bertahan dengan asakan demi asakan. Terdapat gambaran di Skrin Stadium, Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak memarahi pemain-pemainnya. ternyata jelas kecewa dengan pertahanannya..

Peluang yang terbaik tercipta oleh Negeri Sembilan pada minit ke 74, apabila Adil Zafuan lambat melepaskan peluang keemasan untuk mencipta gol. Sepakannya lemah tepat ke arah penjaga Kedah, yang berasal dari Melaka tu.

90 minit telah berakhir, permainan diteruskan melewati masa tambahan..namun masih kekal terikat 1-1, dan sepakan penalti diadakan.

Keputuasn muktamad Negeri Sembilan 5, Kedah 4. Penjaga gol Negeri Sembilan Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir, yang disepak oleh Mohd Sabree Mat Abu, untuk membolehkan pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala FA buat kali kedua, kali pertama tahun 2003.

Syabas buat Negeri Sembilan.. dan tahniah juga buat Kedah..kerana telah bermain bermati-matian, cuma nasib tidak ada..