Archive for the tahniah Category

Malam pertama pengantin di hospital

Posted in tahniah on December 11, 2010 by sekamarrindu2009

Terkejut membaca akhbar kosmo hari ini… itulah kalau dah jodoh, walau keadaan mcm mana pun tetap akan ada juga….
Tahniah buat Encik Asmani Aziz, 32 dan isterinya Puan Kassiah Abd.Majid, yang melangsungkan perkahwinan mereka di Wad D2, Hospital Melaka malam tadi. Ini gara-gara En.Asmani yang masih menerima rawatan selepas terlibat dengan kemalangan apabila kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di Bukit Rambai, tiga hari yang lalu.
Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai….
sumber: kosmo

Piala Suzuki :Tahniah Bola Sepak Melaysia Ke Separuh Akhir

Posted in tahniah on December 8, 2010 by sekamarrindu2009

Amri Yahyah menjadringkan 2 gol malam ini

MOHAMAD Muslim (kanan) bertindak cemerlang pada aksi menentang Laos semalam untuk menutup benteng Malaysia daripada dibolosi.

Amri Yahyah sebelum menjadringkan gol

PALEMBANG – Aksi garang membelasah Laos 5-1 sambil dibantu kekalahan tipis Thailand 1-2 kepada tuan rumah, Indonesia membolehkan semangat skuad kebangsaan kembali menyala apabila mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010, semalam.

Kemenangan besar anak buah K. Rajagobal di Stadium Jaka Baring, Palembang membolehkan Malaysia mengumpul empat mata, selaku naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia.

Formasi 4-5-1 ternyata memberi impak kepada pasukan kebangsaan apabila Amri Yahyah yang bertindak selaku pembantu kepada penyerang tunggal, Norshahrul Idlan Talaha menyumbat dua gol pada separuh masa pertama.

Malaysia berada di depan seawal minit keempat selepas Amri melakukan tandukan terbang menewaskan penjaga gol Laos, Sengphachan Bounthisanh selepas menerima hantaran lintang Norshahrul dari sebelah kanan padang.

Perlawanan yang dianggap sebagai hidup mati ini dipergunakan sebaik mungkin oleh Malaysia bagi mengulangi sejarah mara ke perlawanan akhir selepas kali terakhir mara pada 1996 di Singapura.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad kebangsaan tidak bertahan lama selepas Laos berjaya menyamakan kedudukan selepas Lamnoum Singto berjaya menjaringkan gol empat minit kemudian.

Amri sekali lagi muncul wira selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-41 selepas menerima lorongan cantik Safiq Rahim dalam petak penalti dan ketua pasukan Selangor itu mudah menampan masuk tatkala Bounthisanh sudah pun terkeluar dari posisi.

Malaysia terus garang pada babak kedua apabila menambah tiga lagi gol menerusi Mohd. Amirul Hadi Zainal (74), Norshahrul (77) dan Mahali Jasuli (90) tatkala menerima khabar gembira dari Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia bangkit dari ketinggalan 0-1.

Wira pasukan Merah-Putih itu, Bambang Pamungkas menjaringkan dua gol dengan kedua-duanya menerusi sepakan penalti pada minit ke-81 dan 88 memadam jaringan Suree Sukha pada minit ke-68.

Sementara itu, jurulatih K. Rajagobal berkata, walaupun gembira Malaysia layak ke babak seterusnya, tetapi dia tetap bimbang dengan corak permainan pasukannya.

“Mereka tidak bermain mengikut prestasi sebenar dan keadaan itu amat merbahaya untuk mengharungi perlawanan separuh akhir. Berkemungkinan kita akan bertemu Filipina di separuh akhir dan para pemain perlu bekerja keras lagi,” katanya.

Jelasnya, Malaysia perlu bermain baik pada minit awal dan menjaringkan gol pendahuluan, tetapi selepas itu para pemain tenggelam punca sehingga dia terpaksa membuat pertukaran beberapa pemain.

“Bagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukan saya,” kata jurulatih yang membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 itu.

Lawan Malaysia pada saingan separuh akhir nanti bakal diketahui hari ini sama ada Filipina, Singapura atau Vietnam apabila ketiga-tiga pasukan ini masih berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dan bersaing untuk muncul juara atau naib juara Kumpulan B. – UTUSAN

: tahniah…..

Red Warriors win the 2010 Malaysia Cup ( cewah..tajuk orang puitih entri kali ini..) hehe

Posted in tahniah on October 31, 2010 by sekamarrindu2009

Kelantan Juara Piala Malaysia

gelagat penyokong kelantan dan N.Sembilan
suasana di dalam stadium jam 5.00 petang

Kelantan melakar sejarah apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun untuk merangkul Piala Malaysia.