Archive for the tazkirah petang: pantang larang suami stress Category

Tazkirah Petang: Pantang Larang BIla Suami STRESS..

Posted in tazkirah petang: pantang larang suami stress on April 20, 2010 by sekamarrindu2009

Isteri merupakan belahan hati suami. Mereka berdua mempunyai “instinct” yang hampir serupa. Empati yang berhubungan antara mereka adalah satu dari nikmat Allah SWT yang paling hebat. Jika dua jiwa disatukan dalam ikatan perkahwinan. Tiada apa pun yang boleh merenggangkan hubungan itu. Seolah-olah nafas antara mereka bersambungan, permikiran dan perasaan ayik bertemu menjadi satu kekuatan, begitulah idealnya sepasang suami isteri yang bahagia.

sejauh manakah anda mengenali suami anda? Isteri yg cerdas, faham benar akan setiap bahasa badan suaminya. Isteri tahu bila suaminya lapar, sedih, gembira, takut, marah dan gelombang emosi lainnya. Pasangan serasi memang memiliki empati yg sangat kuat terhadap pasangannya.
Berikut ada beberapa pantang larang yang mesti dijauhi apabila SUAMI STRESS.
JANGAN TERLALU SENSITIF
Jika suami mengalami gangguan emosi, kesilapan yang anda lakukan pasti menyebabkan kemarahannya. Kondisi yang tegang dan panas akan singgah sebentar di dalam rumahtangga anda. Anggaplah sebagai ribut petir yang beransur-ansur pulih, cuaca mendung dan ribut akan berganti cerah jika anda tidak melayan perasaan yang terlalu sensitif. Mungkin suami perlukan masa untuk menguruskan emosinya supaya kembali stabil. Anggaplah suami anda ketika itu sakit dan memerlukan pertolongan. Kalau anda terlalu sensitif, dan “sama panas” akibatnya akan menjadi lebih parah. Jadi, buang jauh2 sensitif tu..buat sementara waktu. Betindaklah dengan rasional yang amat tinggi dalam keadaan seperti itu.
JANGAN GANGGU SUAMI
Gangguan ini boleh datang dari persekitaran. Rumah hendaklah kemas dan bersih, anak-anak terjaga dengan baik. Buatlah sesuatu yg disukainya dan hindarilah apa yang tidak disukainya. jangan pergi dari sisinya dan buat tidak tahu saja apa yang terjadi. Serahkan diri anda dalam keadaan mahu menolong, bukan mengganggunya. Jangan biarkan suami anda menanggung sendiri kesusahan yang dihadapinya. Walaupun anda tidak boleh menolongnya, tetapi pasti suami perlukan seseorang yang hmahu “berbagi tekanan’ itu.
JANGAN MINTA SESUATU YANG DIA TIDAK MAMPU
Urusakan diri anda sendiri untuk beberapa saat yang “mencabar” ini sahaja. Jangan tambahkan lagi bebanan di bahunya. Bukan bererti selamanya anda tidak payah meminta tolong dia, tidak boleh la begitu., nanti suami anda terlalu manja lak..dan menyerahkan segala-galanya kepada isteri. Seorang isteri yg baik akan faham bilakah masa yang sesuai untuk dia meminta sesuatu daripada suaminya dan pasti dimakbulkannya.
Setelah anda mengawal diri agar tidak melanggar pantang larang itu,m baik juga anda belajar untuk mengubat stress suami dengan petua-petua berikut:-
  1. Sediakan makanan dan minuman yang paling disukainya. Kalau suami gemar akan kopi tongkat ali, sediakan lah.. ataupun makanan-makanan yang paling digemari suami. Walaupun dia tidak menjamah dan hilang selera makan kerana sakit di hati itu tidak mengapa. Lebih teruk lagi jika tiada apa-apa di atas meja makan. ( jangan la mcm tu..)pasti akan menambahkan stressnya pula..
  2. Gunakan sentuhan-setuhan yang membuatnya rasa selesa..urutan boleh menurunkan tekanan. Boleh juga mencuba “hubungan intim” jika keadaan bersesuaian bergantung kepada mood anda berdua. Falsafah orang tua-tua ada menyatakan..” Semua jadi tak penting jika nikmat “bersama” itu dah pun di rasai” ( cadangan orang tua-tua kata..
  3. Alihkan hati dan fikiran suami dari masalah dan tekanan. Ajaklah suami mengingati anugerah Allah dan nikmat-nikmatNya yang ada pada diri anda berdua dan keluarga. Renungkanlah kebaikan dan kelembutan Allah SWT. Anggaplah apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT.
Semoga mendapat sedikit menafaat buat kita semua…