Archive for the tazkirah sentuhan suami isteri Category

TAZKIRAH: JENIS-JENIS SENTUHAN MEKARKAN CINTA SUAMI ISTERI…

Posted in tazkirah sentuhan suami isteri on November 12, 2010 by sekamarrindu2009



Malam yang indah ini sekali lagi saya menulis tazkirah, bacalah dengan mata hati, InsyaAllah pasti Allah SWT menurunkan rahmatNya pada kita semua

Tajuk : JENIS-JENIS SENTUHAN MEKARKAN CINTA SUAMI ISTERI..


Jatuh cinta memang indah belaka. Setiap manusia normal, pasti pernah mengalami kebahagiaan menjadi kekasih. Untuk menterjemahkan perasaan cinta anda kepada kekasih atau suami anda/atau isteri anda, kadang-kadang memerlukan kehalusan bahasa yg boleh menyentuh sensitiviti pasangan masing2. Dan hidup berbahagia di samping insan tersayang adalah idaman setiap semua insan..Bagaimanakah mahu mekarkan cinta antara suami isteri, akan saya kupas sedikt sebanyak…


Maha Suci Allah swt yg telah menjadikan kaum Hawa sebaik-baik mahkluk yg memiliki kelembutan yg diidam-idamkan oleh setiap lelaki.


Apakah Jenis-Jenis Sentuhan yang boleh Mekarkan Cinta Antara Suami Isteri?


1. SENTUHAN JIWA


Orang yg mencintai kekasihnya(suami atau isteri), akan redha dengan gangguan daripadanya. Cinta telah membuat jiwanya akur dan ikut, taat dan setia kepada kekasih hati. Dia suka apa yg disuaki oleh kekasih hatinya, dan marah apa yg menjadi kemarahannya juga..Cinta telah menyatukan dua jiwa. Suami isteri kena banyak bertimbang rasa, mengalah, memahami dan saling mendukung demi kejayaan cinta mereka.


Keduanya: saling melakukan sentuhan pada jiwa masing-masing. Sepatutnya mereka mempunyai nada yg sama dalam menyanyikan lagu percintaan mereka. Jika isteri ditimpa musibah, suami akan berasa sedih dan risau akan keselamatan sang isteri. Begitulah sebaliknya. Isteri jangan asyik dalam dunianya sahaja ketika suami dalam kesusahan dan stress dalam beban kerja.


Sentuhan jiwa inilah yg banyak dilakukan oleh pasangan2 bahagia yang sudah berumur matang, tatkala sentuhan berahi dan kata-kata tak dapat diamalkan lagi. Cuba tengok cara orang tua melayan pasangan2nya. Ibu bapa kita yang boleh mengekalkan kemesraan mereka hingga ke akhir hayat. Kerana mereka sangat mementingkan sentuhan pada jiwa masing-masing bila mana sentuhan lain telah luput tarikhnya. Biarlah cinta itu tetap segar dan bersemi dengan keikhlasan yg dipertaruhkan dua insan yg bergelar suami isteri di dunia dan akhirat…insyallah..

2. SENTUHAN BERAHI


Apabila suami jarang melakukan hubungan seks dengan isteri maka akan timbul pelbagai masalah dalam rumah tangga. Kes yang berlaku beberapa bulan yang lalu, berlaku di pahang apabila suami sanggup menyimbah cuka getah di muka isteri. Tak terbayang betapa sakitnya ditanggung oleh si isteri.


Kepada yang pengantin baru, saya rasa tidaklah mempunyai masalah sangat dalam aspek ini. Namun kepada suami yang telah lama mendirikan rumahtangga, berkemungkinan besar masalah ini akan berlaku. Kepada isteri, janganlah berasa sedih untuk menghadapi sikap suami yg dingin. Cuballah untuk melakukan rangsangan dan sentuhan yang suami suka.

3. SENTUHAN KATA.


Berapa banyak agaknya anda tidak lagi mengirimkan lagi SMS kepada suami? Bukan SMS biasa2, namun sms dengan kata-kata mesra dan cinta kepadanya. Antara contoh kata-kata tersebut ialah:


” I LOVE U” atau..” Terima kasih kerana menjadi isteri/suami yang baik hati” atau..” mama sayang…” atau “papa cyang..”


” awak telah membuat saya jatuh cinta lagi sepanjang masa hanya pada awak seorang saja..”


Ucapkanlah…pasti suami akan rasa teruja…heheheeh.


saya sudahi tazkirah saya petang ini dnegan memetik kata-kata terakhir Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah RA kepada Rasullullah.


Aisyah RA menceritakan : “Antara nikmat-nikmat Allah SWT yang paling bernilai bagiku adalah ketika rumahku menjadi tempat berlabuhnya cinta Rasulullah SAW, saat baginda kembali ke sisi Allah SWT, Ketika itu kulitnya, mulutku menyentuh mulutnya, titisan air liurnya bercampur dalam air liurku. nafasnya berlepas dalam pelukanku..”



Semoga Allah SWT memberi rahmat pada sahabat2 yg membaca tazkirah saya sini..

-rindu!