Archive for the tazkirah Category

Tazkirah Pagi: Perhubungan Suami Isteri lebih Erat Bila Ada Anak…..

Posted in tazkirah on November 6, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum wbt….
Pasangan suami isteri yang moden akan berfikir banyak kali untuk memiliki anak. Mereka belum bersedia memikul komitmen berat menjaga dan mendidik anak. Jika kedua-duanya sibuk dengan kerjaya atau mungkin masih menyambung pengajian, agaknya mereka perlu merancang dengan teliti bilakah masanya mereka bersedia untuk memiliki anak.? Hal ini kita sering mendengar di kalangan artis atau wanita karier yang terlampau sibuk masih menangguhkan tugas memikul yang berat ini. Setiap orang pasti ada perancangannya masing-masing. Lain lah halnya dengan suami isteri yang langsung tidak merancang, sehingga setiap tahun berderet-derat anak baru dilahirkan. Alhamdulillah, semoga mereka diberi kecekalan daripada Allah swt untuk membina insan yang cemerlang dengan penuh ketabahan.
Jika anda ditanya apakah harta yang paling berharga bagi suami dan isteri? Tentu jawapannya adalah anak. Mungkin yang ramai anak kurang merasa nikmat dengan kebisingan yang sehari-hari didengar, pergaduhan dan kenakalan mereka membuat mereka stress. Tetapi hati kita mudah tersentuh jika berjauhan selama beberapa hari dengan mereka. Stress pasti akan lenyap dengan serta merta, apabila si ayah atau si ibu melihat senyuman manis anak-anak, itulah nikmatnya kepada suami isteri yang mempunyai anak.
Adakah anak itu punca masalah yang orang tua selalu hadapi? Pernahkah ada dalam hati kita rasa “benci” dengan kehadiran mereka kerana membawa kepada kesusahan? atau selalu tertekan kerana tidak dapat selalu bermesra dengan suami? Begitulah luahan rasa kekecewaan wanita yang mempunyai ramai anak. Tetapi cubalah kita fikir positif dan bertafakur, mengapa Allah SWT memberi beban yang begitu berat untuk kita memikulkannya? Jika anda ada rasa kesal dengan kerenah anak-anak cubalah INGAT PETUA-PETUA YANG PENTING DALAM MENJAGA ANAK INI.
  • ANAK MENDINDING IBU BAPA DARI API NERAKA: Saidatina Aisyah RA menceritakan: Telah datang ke rumahku seorang perempuan miskin dan kedua anak perempuannya, tidak dapat ku berikan selain sebiji kurma, maka saya pun memberikannya, lalu dibahagikan kurma itu kepada kedua-dua anaknya dan dia sendiri tiada makan apa-apa, kemudian mereka pergi. Rasulullah SAW datang, aku menceritakan tentang hal itu maka Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan lalu, mengasuh dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya maka ia akan menjadi pendinding baginya dari api neraka. ( Hadis riwayat al- Bukhari Muslim)
  • ANAK MENJADI SUMBER PAHALA YANG BESAR: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “sesungguhnya besar pahala itu bergantung kepada besarnya ujian. Sesungguhnya jika Allah SWT mencintai suatu kaum maka Allah SWT akan menguji mereka. Barang siapa yang redha dengan maka Allah redha dan barang siapa yang marah, maka Allah juga akan murka kepadanya: ( Hadis riwayat al- Tirmizi)
  • DOSA DIHAPUSKAN KERANA SABAR MENERIMA SEBARANG UJIAN: Katakan pada diri : ” Betapa banyaknya dosa aku yang dihapuskan kerana merawat mereka.” Suatu hari Puan Aini mengeluh kerana tak dapat tidur malam kerana menjaga anaknya yang demam. Suaminya memujuk : ” Begitulah cara Allah SWT nak menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Seseorang muslim yang ditimpa kecelakaan. kemiskinan, kegundahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta tertusuk duri sekalipun nescaya Allah akan menebus dosanya dengan cara apa yang menimpanya itu. ( Hadis Muttafaqun Alaih)
Anak juga boleh berfungsi sebagai pengikat kasih sayang suami dan isteri. Nak suami bertambah sayang? Buktikan padanya yang si isteri boleh melahirkan permata-permata yang soleh. Kadang-kadang kala anak juga boleh dijadikan umpan untuk menarik simpati suami kepada si isteri. Contohnya apabila suami “out station” atau berkursus beberapa hari, si isteri akan mengadu anak-anak rindu, padahal si emaknya yang terlebih rindu. Begitulah nikmatnya memiliki permata hati. Bersyukurlah atas segala kurnia yang kita miliki, sabar menjaga mereka sambil menikmati kasih sayang antara suami dan isteri.
Kepada isteri yang sedang menunggu detik-detik kelahiran, sesungguhnya saat itulah yang paling menyentuh emosi suami, ketika isteri keperitan dengan darah dan air mata anda seorang isteri. Kerana apa? semuanya kerana isteri begitu berharga bagi suami dan anak-anak.
Wasalam..

– rindu

Tazkirah pagi :" Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami…Ya Allah Tidak Terhitung.."

Posted in tazkirah on October 9, 2010 by sekamarrindu2009

Assalamualaikum…
Sudah lama tak menulis tazkirah..alhamdulillah di pagi yang mulia ini sempat saya coretkan serba sedikit tazkirah bertajuk ” Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami…Ya Allah Tidak Terhitung..” harap mendapat sedikit menafaat ..insyaAllah. betapa besarnya jasa2 seorang isteri pada si suami…tu pun seandainya suami melihat dengan mata hati…bukan dengan mata emosi…silap sikit mahu diceraikan si isteri……
Dalam Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri tak diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalaupun dia mempunyai harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan oleh suami tanpa kerelaanya. Isteri bukan hamba kepada suami. Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapa agaknya nilai yang mesti dibayar?
Berapakah harganya makanan yg sedap? Berapakah harganya layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai, yang perlu dibayar suami? Berapa harganya penjagaan anak-anak, didikan dan asuhan?
Kalau isteri, ajar semua sekali dengan cara sembahyang, mengajar anak2 hingga mengenal ayat-ayat Al-Quran hingga khatam al-quran, berapa pula nilai harga yang suami patut bayar pada isteri? Harga merawat suami dan anak-anak yang demam kerana terkena hujan petang semalam berapa pula harganya..?. Kalua mengaji jururwat swasta satu jam kena bayar RM 200. Kena suami dan anak2 demam seminggu dah lebih RM 1000 kan.
Apakah nilai upah untuk mengandungkan anak dan melahirkan anak? Upah untuk menghantar nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah, berapa pula nilainya? suami boleh bayar ke? Aduhai suami yang beriman, tak akan dapat dihitung harga pengorbanan isteri.
Tak semua suami yang sedar akan pengorbanan isteri. Lebih2 lagi isteri yg tak bekerja jadi korban keegoan suami.
” dah la tak bekerja..asyik nak menyusahkan saja..” begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga. Seorang isteri bukanlah malaikat yg sentiasa perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan2 yg begitulah si isteri memerlukan suami di sisi. Tak mungkin ada isteri yang hebat segala-galanya. mana adakan superwomwn atau istilahnya kan?. Semua tu karut. Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa saja yang tak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah lembut dan sabar, maka si isteri yang akan melengkapkan semua kekurangan suami itu. Begitulah sebaliknya jika si isteri kurang sifat cekalnya maka suamilah berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.
orang kata…” duit adalah segalanya di dunia ini? betul ke.?” ada juga benarnya pendapat spt ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit yang berkat akan menjdikan kita lebih takutkan Allah SWT. Bersyukur ketika kita mendapatkannya dan redha jika hilang di tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan duit panas yang tak berkat..minta dijauhkan..Sebagai seorang isteri..anda sangat berharga..tiada nilainya jika nak dibandingkan dgn wang ringgit berjuta sekalipun. Tunjukkan lah maruah anda dengan kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW, ada Saidatina Khadijah RA bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan memberi sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.
wasalam..
p.s: …dedikasi buat kamu….