Archive for the temuduga Category

>kisah temuduga aku semalam…seksanyaaa…..

Posted in temuduga on February 11, 2011 by sekamarrindu2009

>

saya sebenarnya ingin memohon maaf pada sahabat2 saya kerana dua tiga hari ni line saya sungguh bermasalah ..tak dapat saya nak membalas kunjungan sahabat2 saya….

sedikt kisah saya berkaitan temuduga PPPLS DG41 pada pagi semalam…(10/2/2011)..segalanya berjalan lancar..alhamdulillah…

masuk dengan memberi salam, ada sedikit gugup..namun saya boleh mengawal dengan berselawat dalam hati..alhamdulillah..segala yg ditanya dapat dijawab dengan lancar..

saya diminta memperkenallkan diri, dalam masa memperkenalkan diri ini, penemuduga tanya pelbagai soalan yang berkait-kait…mcm2 dia tanya,..

saya rasa saya yang paling lama…lebih kurang 45 minit ( wp masa dah tamat masih ingin ditanya lagi….

” keluarga awak berasal dari Pattani kan?” tanya penemuduga..

terkejut saya mendengar kata-kata tersebut….bila saya kata…” mungkin la Tuan..”…

mungkin ya…bila saya jwb mcm tu….dia pula tanya pasal Pattani…saya jwb lah apa yang patut..


” ok…katakanlah saya ni anak murid cikgu, yang tak faham dengan tajuk Putaran Bumi, mcm mana kamu sebagai guru nak memberi kefahaman pada saya yang tak faham tu..” tanya beliau..

Pengalaman mengajar sains soalan itu memang tak menjadi masalah pada saya.. saya menerangkan pada beliau hampir 10 minit, dengan mengaitkan pelbagai teori2 tertentu…

bila saya menyebut pasal teori… dia pun secara nak memerangkap saya…

” boleh percaya ke teori-teori ni..?”

hampir 2o minit berlaku….dia tak putus2 menyoal saya….

” cuba bagitahu saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan merumuskan dalam 5 ayat mudah..” saya tak nak panjang2…saya nak ringkas…” katanya..

” Ya Alllah….mcm mana nak ringkas pula..

bila saya menyebut untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI (Jasmani, emosi, rohani dan intelek..”

dia tanya pula…” cuba bagi tahu saya…makna seimbang yang kamu faham..?’..buktikan pada saya pelajar itu betul2 seimbang..”

saya menjelaskan pada beliau ” pendidikan di malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,melahirkan insan yg seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan……..”

“ok..bagus”

beliau membuka air mineral yang ada di atas meja…sambil berkata..

” awak tahu tak air menirel ini sangat bagus untuk kesihatan..” saya hanya menyiakan saja..


lepas minum..dia tanya lagi….


” dalam ringkasan pengajaran yang kamu tulis setiap hari, cuba terangkan satu persatu..

saya menjelaskan padanya.. setiap dalam buku ringksan….

perlu ada, Theme:.., topic, Learning Area, Learning Objectif, Learning Outcome, SPS,dan Refleksi..dll

” ok..cuba terangkan maksud Refleksi….tanya dia lagi….

selepas soalan tersebut…dia tanya lagi…

” bagitahu saya tugas2 kamu di sekolah….soalan ni berjela2 la saya bagitahu…..bila saya bagitahu, saya juga memgang jawatan setiausaha PIBG, dia akan tanya tentang PIBG pula… ( soalannya yang sangat berkait-kait……).


soalan ini berkaitan dengan KSSR..( Kurikulum Standard Sekolah Rendah), sila nyatakan apa itu stadard kandungan dan standard pembelajaran?… soalan ini boleh saya jwb dengan lancar…

cuba terangkan Matlamat, Fokus, KSSR ..mengapa dipanggil Standard? tak menggunakan ayat lain?

saya tahu masa dah tamat ( dah 45 minit), tapi saya mahu tanya lagi..satu soalan yang last…..

” kalau murid bertanya kamu..di manakah pusat dunia? mcm mana kamu nak menjawb??

saya termenung seketika….beberapa saat….lantas menjawab dengan yakin…

Pusat dunia terletak di Mekah tuan..!

mendengar jawapan saya….saya lihat penemuduga memandang tepat ke mata saya….

” kalau saya kata bukan……?”

“pada saya itulah jawapan yang tepat…kalau tuan kata salah…terpulanglah pada tuan…kata saya…

( dalam hati….saya berkata..” bila laa nak abis ni…”)

sambil tersenyum dia membenarkan saya keluar…selepas bersalaman ….


sampai sekarang saya tertanya2 di manakah Pusat Dunia??.. ( terasa nak tunjuk ke pusat aku…tadi) .betulkah jawpan yang ku jwab Mekah tadi?..sebanyak hampir 25 soalan yang ditanya..hanya soalan “pusat dunia saja yang saya tak dapat nak jawab…”


tawakal sajalah…………..

..menaip dalam line yang tak berapa baik