Archive for the Thailand merusuh Category

Dahsyatnya Tunjuk Perasaan Di Thailand

Posted in Thailand merusuh on May 18, 2010 by sekamarrindu2009

brutal betul..nape dia tak buka selur dalamnya sekali..ishhh

maut terkena peluru hidup tentera Thai
banyaknya bom petrol
lagi maut terkena peluru
kesian betul..
menggunakan lastik pun boleh
lumpuh kota Bangkok
membalas dengan tembakan pistol
lagi satu maut
mencucuh bom petrol
tentera melepaskan peluru hidup
tentera Thai melepaskan tembakan
tentera thai menangkap perusuh

Negara Thai atau nama rasminya Prathet Thai, ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Loas dan Kemboja di timur dan Teluk Siam di selatan, serta Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai yang dulunya dipanggil Siam sehinggalah pada 11hb Mei 1949 telah ditukarkan kepada Thai ( yang bermaksud bebas). Negara Thai merupakan negara yang ke 51 terbesar di dunia dalam bentuk keluasan, dianggarakan keluasan Thai menyamai keluasan Sepanyol, dengan anggaran keluasan 513,00km persegi.

Mengapa tiba-tiba saya bercerita mengenai Thailand pula? Terlintas di hati saya untuk menulis berkaitan dengan Thailand, mengupas mengapa tunuk perasaan ini berlaku? Bagaimana ianya boleh berlaku hingga berbulan-bulan lamanya, bermula Mac 2010 hingga kini. Hingga ke hari ini seramai 37 orang mati sama ada di pihak kerajaan dan pihak Baju Merah ( merujuk kepada Perusuh yang memakai baju merah).

APAKAH PUNCA SEBENARNYA RUSUHAN INI?

Peristiwa rusuhan ini adalah rentetan krisis politik Thailand berpunca apabila Perdana Menteri Thailand pada masa itu Thaksin Shinawarta digulingkan oleh tentera pada tahun 2006 kerana Thaksin didakwa menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Sejak itu, demonstrasi boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari di kota Bangkok dan tunjuk perasaan ini dilakukan secara besar-besaran semasa Perdana Menteri pada masa itu Samak Sundarvej dilantik menjadi Perdana Menteri Thailand. Penyokong-penyokong Parti Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) bertujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan Samak yang pro Thaksin supaya meletak jawatan dan mengadakan pilihanraya baru diadakan. Prptes berterusan berbulan-bulan itu akhirnya menyebabkan kerajaan pimpinan Samak ketika itu tumbang dan Somchai Wongsawat yang menggantikan Samak juga turut menghadapi keadaan yang sama.

Selepas Abhisit yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri melalui pengundian di Parlimen Thailand, beliau pula turut menghadapi situasi yang sama. Beliau juga menghadapi tekanan penunjuk perasaan berbaju merah yang menuntut beliau supaya meletak jawatan..Ini berlaku adalah disebabkan walaupun Thaksin telah digulingkan, namun pengaruh beliau di Thailand masih kuat, terutamanya bagi penduduk-penduduk miskin luar bandar sangat menyayangi dan menghormati Thaksin. Dengan bantuan wang yang berjuta-juta dollar telah disalurkan untuk menjayakan beliau pasti mampu untuk mengumpulkan penduduk luar bandar melebihi 100,000 orang untuk mengadakan penunjuk perasaan di kota Bangkok.

Sebab yang kedua: Terdapat sebahagian tentera yang juga penyokong setia pada Thaksin. Ada tentera tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang malah membiarkan rusuhan berlaku dengan lebih hebat lagi. Jesteru itu tidak hairanlah keadaan ini boleh merebak dan melumpuhkan kota Bangkok, malah terdapat juga maklumat melalui sumber yang boleh dipercayai yang memberi amaran bilangan penunjuk perasan Baju Merah ini akan meningkat sehingga menjadi satu juta orang, lebih-lebih lagi Komander Penunjuk Perasaan Baju Merah, Khattiya Sawaasdiphol yang koma selepas ditembak oleh pihak tentera telah meninggal dunia pada hari ini.

Apakah Abhisit mampu menghadapi segala tekanan-tekanan ini, hanya masa yang mampu menjawabnya…


p/s: moga tidak berlaku di bumi Malaysia yang indah dan damai ini.