Archive for the tragis betul.. Category

Pensel Tertinggal Dalam Alat Sulit Selepas Dirogol

Posted in tragis betul.. on April 22, 2010 by sekamarrindu2009


Tajuk di atas bukanlah suatu tajuk yang best untuk dibaca. Ianya sangat targis dan mengejutkan kerana boleh berlaku peristiwa keji di dalam kelas tempat pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan. Namun di dalam Harian Metro, hari ini berita ini bukan fantasi namun iannya adalah realiti. Aduh…!

Menurut berita yang ditulis, lelaki itu bukan saja merogol mangsa, malah turut menyumbatkan sebatang pensel ke dalam faraj mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka. Tindakan ini terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang 4cm itu “tertanam” di dalam faraj mangsa.

Difahamkan juga mangsa yang berumur 14 tahun itu tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek selepas memperkosa pelajar malang tersebut pada 13 hb April yang lalu. Mangsa dirogol masa waktu rehat ketika kebanyakan pelajar keluar ke kantin untuk bersarapan. Manakala beberapa rakan lelaki yang lain, menjadi sebagai penjaga yang berkawal di depan kelas.

Sebagai seorang guru, saya sangat rasa sedih dan mengucap panjang membaca berita ini. Apakah tidak ada langsung nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, menjauhi perbuatan tidak bermoral dan keji itu tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah sekolah. Kisah ini seolah-olah berlaku di luar negara ataupun dalam filem-filem ganas yang di tayangkan di media-media masa yang lainnya.

Dalam diam, kadang-kadang tertanya, dalam hal ini, siapakah yang bersalah? adakah guru dan pihak sekolah, adakah ibu bapa tidak memainkan peranan yg sewajarnya? adakah pengaruh rakan sebaya? Mungkinkah media massa?. Saya tak pasti menjawabnya, namun apa yang boleh saya katakan, institusi pelajaran dalam negara kita akan menuju ke tahap yang “bahaya” jika tidak dilakukan tindakan-tindakan yang yg sewajarnya bagi membendung masalah ini dan pelabagi masalah-masalah lain yg turut menyumbang kepada indek pelanggaran disiplin di sekolah.