Archive for the Zine El-Abidine Ben Ali dan Mohamed Bouazizi dan Tunisia Category

>Kejatuhan Presiden Tunisia, Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali ..boleh dijadikan pengajaran pada pemimpin Malaysia..

Posted in Zine El-Abidine Ben Ali dan Mohamed Bouazizi dan Tunisia on January 20, 2011 by sekamarrindu2009

>

Rakyat Tunisia bangun membantah di depan pejabat Presiden Tunisia

Mohamed Bouazizi

Mohamed Bouazizi membakar diri di depan pejabat Presiden

lokasi di mana gerainya dirobohkan oleh pihak berkuasa Tunisia

Presiden Tunisia dan Isteri

Mohamed Bouazizi sedang dirawat sebelum meninggal dunia, (presiden Tunisia melawat beliau di hospital)
Tunisia ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranen di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih 40% daripada negara ini terdiri daripada Gurun Sahara.

Namun akibat kerakusan Pemimpian Tunisia yang kejam, dan tidak mempedulikan nasib rakyat Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali telah digulingkan dalam relovusi rakyat minggu lepas selepas 23 tahun memerintah lari menyelamatkan diri ke Arab Saudi. Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali pada mulanya ingin menuju ke Perancis, namun pihak Kerajaan Perancis enggan membenarkan pesawat yang membawanya mendarat di sana, maka permohonan untuk mendarat dimohon kepada Arab Saudi, dan Arab Saudi membenarkan. Semasa melarikan diri ke Arab Saudi, isteri bekas Presiden Tunisia telah melarikan 1.5 tan jongkong emas yang bernilai kira-kira RM 171,3 juta..sempat lagi kaut harta rakyat


Bagimana Kemarahan rakyat Tunisia boleh tercetus?

  1. Bermula 17hb Disember 2010 yang lalu apabila Presiden yang memerintah secara kejam itu telah menutup institusi pengajian tinggi, tindakan ini telah membangkitkan kemarahan pelajar-pelajar.
  2. Masalah penggangguran dan masalah ekonomi dengan kenaikan harga barang yang menghimpit seluruh rakyatnya.
  3. Penyebab UTAMA berlakunya kemarahan rakyat Tunisia

  • bermula dengan protes nekad seorang pelajar graduan sains perkomputeran, Mohamed Bouazizi yang menjual sayur dan buah-buahan di tepi jalan di Bandar Sidi Bouzid. Kerana menggangur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerainya disita dan dirobohkan oleh pihak berkuasa Tunisia. Beliau cuba untuk melaporkan kejadian ini, namun tidak diendahkan oleh pihak pemerintah yang kejam ini. Sebagai tanda protes,beliau membakar diri pada 17hb Disember 2010 yang lalu di hadapan bangunan presiden. Beliau meninggal dunia pada 04hb Januari 2011 lalu dan kematian Bouazzizi telah membangkitkan kemarahan rakyat.
  • Di Tunisia dilaporkan lebih 1 juta graduan mengganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar penggangguran meningkat melebihi 18%. Masalah ekonomi Tunisa berpunca daripada amalan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali yang mengamalkan rasuah. Beliau menyimpan harta perbadi yang dianggarkan bernilai GBP 3.5billion, dan isterinya pula Leila Ben Ali boleh dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab yang gemar menghabiskan harta dan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakahnaya

Apa pengajaran peristiwa ini buat Malaysia??