Petai, Baik Untuk Wanita Yang Datang Bulan

Ramai daripada kita tak suka petai dengan alasan baunya. Tapi jangan langsung menghindari ulaman yang satu ini kerana ianya banyak khasiat luar biasa.

Ketika makan petai, salah satu jenis biji-bijian ini sudah pasti mengeluarkan gas sulfur yang menimbulkan aroma tak sedap di mulut. Namun demikian, sayang… jika anda memutuskan untuk “alergi” terhadap petai.

Petai sebenarnya mengandung zat antioksidan yang bagus serta asam amino triptofan. Asam amino triptofan ini membentuk serotonin di dalam tubuh dan membuat tubuh lebih rileks, tidur lebih nyenyak dan menjaga kestabilan mood.

Ketika haid, juga disarankan sebagai waktu yang tepat untuk makan petai. Ini kerana di masa “datang bulan” mood sering kacau, dan dapat ditenangkan dengan petai. Sama juga ketika anda mengalami stres, serotonin yang dihasilkan dapat membuat saraf-saraf tegang mengendur.

Di samping itu, petai yang kaya serat ini merupakan antioksidan yang baik, kerana mengandung vitamin B6 untuk mengatur kadar gula darah serta membantu relaksasi. Zat besi yang terkandung di dalamnya mampu mencegah anemia.

semua komen2 sahabat akan diulas nanti

12 Responses to “Petai, Baik Untuk Wanita Yang Datang Bulan”

  1. akak penggemar petai..tapi sebab sepapan pun mahal nak mampus jadi tak boleh la makan selalu..

  2. wa… info bagus ni…. nanti saya akan beli .

  3. Saya adalah penggemar tegar petai.Perghh! sedap gile cicah ngan sambal tempoyak. Huhuhuhu

  4. petai jeruk sdp jugak. ayah sy ade kebun pokok petai. bila bbuah je jual dpt untung beratus jgk 😀

  5. kalo udang petai….makan jugak..hehe..tp org tu semangat mkn petai

  6. heee. petai sdap wlpn bau diaa perghh kuat. 😛

  7. salam.. ♥ fara myra ♥,hehe..betul..baunya adussss..hehe

  8. salam…tanpa nama,hhehehe..semangat.:P

  9. .sweet-ants.,wah….ayah tauke petai tu…byk duit tu..:))

  10. salam.. Dayangku Army,saya pun suka..tapi tak lah sampai "tegar" hehe

  11. salam.. abu muaz,beli banyak2 tuan..mkn dgn budu..:)

  12. diana,mahalpun kalau dah nak mkn beli juga kan..hehe

Leave a comment