Archive for July, 2011

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak lakukan mogok lapar

Posted in Presiden Mesir Hosni Mubarak lakukan mogok lapar on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak kini melakukan mogok lapar dan dilaporkan sangat lemah selepas menolak untuk makan, seperti yang dilaporkan agensi berita Mesir, MENA ( 31/7/2011)

Beliau kini ditahan di Hospital Sharm El-Sheikh, Mesir dan dilaporkan sangat lemah. Hosni kini didakwa di mahkamah atas mengarahkan pihak berkuasa menembak penunjuk perasaan pada bulan Feb yang lalu. Hukuman mati akan dijatuhkan ke atas beliau seandainya pihak mahkamah berjaya membuktikan beliau bersalah.
Beginilah nasib seorang bekas presiden yang dulunya gah berada di tampuk kuasa yg kini menunggu hukuman gantung sampai mati..

Inilah stadium bola sepak di Jerman yang ada pokok di tengah padang [ satu-satu di dunia ]

Posted in Inilah stadium bola sepak di Jerman yang ada pokok di tengah padang [ satu-satu di dunia ] on July 31, 2011 by sekamarrindu2009




tidak dipastikan dah berapa ramai pemain yang cedera akibat terlanggar pokok ini
tapi saya yakin mesti ada yang terlanggar
lebih2 lagi dalam perebutan bola di kawasan
tengah padang..
Kalau di Malaysia ada mcm ni kan best..
time tak de tiket bola..
mesti penuh penonton curi masuk dan panjat pokok tuuu
tapi inilah yang berlaku di salah sebuah Stadium di Jerman
ada pokok di dalam padang bola..
sumber Gambar : Borak Kosong

Tentera US Cipta Tayar Tanpa Angin [ teknologi terkini khas untuk tentera US saja ]

Posted in Tentera US Cipta Tayar Tanpa Angin [ teknologi terkini khas untuk tentera US saja ] on July 31, 2011 by sekamarrindu2009


TRIBUNNEWS.COM, PHILADELPHIA – Pada sebuah pameran di Philadelphia, Amerika Serikat, Angkatan Tentera negeri Uncle Sam ini memamerkan teknologi tayar terbaru yang dipakainya iaitu tayar anti pancit kerana tayar ini tidak menggunakan angin.

Seperti dikutip dari associatedcontent.com, tanyar tanpa angin ini diberi nama Airless Tire yang mampu menahan beban hingga 1.746 kilogram dan dapat digunakan sejauh 24.140 kilometer. Jarak tempuh dan daya tahan tayar tersebut dinilai sudah memenuhi standard Tentera Amerika. Untuk keselesaan penggunaan tayar ini, Tim Riset seorang askar AS menjamin bahawa tayar ini akan berfungsi sama dengan tayar biasa.

Tayar berdiameter 94 centimeter ini nantinya akan digunakan diseluruh kendaraan perang Amerika seperti Hummer dan sebagainya. Sayangnya pihak tentera AS enggan menyebutkan bahan apa yang digunakan pada tayar tersebut. Pihak tentera AS juga enggan menyebutkan tujuan penggunaan tayar anti paku tersebut, apakah nantinya akan dikembangkan untuk kepentingan komersial atau tidak.

[ gambar ] Inilah Persahabatan Antara Chimpazi dan Harimau

Posted in [ gambar ] Inilah Persahabatan Antara Chimpazi dan Harimau on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

BANGKOK, KOMPAS.com – Inilah Chimpazi yang bernama Dodo berusia 2 tahun sedang memberi susu pada Aorn, anak harimau. yang berusia 60 hari di Bangkok, Thailand ( 30/7/2011).

Binatang pun mampu menunjukkan rasa kasih dan sayang sesama mereka…nikan pula manusia. Gambar ini sangat memberi makna sekali kepada sesiapa yang melihatnya.

Tips Menghilangkan Rasa takut Menonton Cerita Hantu di rumah

Posted in Tips Menghilangkan Rasa takut Menonton Cerita Hantu di rumah on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

Sesetengah orang langsung tak tidur malam sebab bila nak masuk tidur je mesti terbayangkan hantu tidur di sebelah dia. Hal ini terjadi kerana sejak usia kecil, merek sering tengok filem-filem dan drama hantu. (Eh, ini bukan fakta sebenar tau, mana ada orang tak tidur langsung.. hehe) Jadi, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mahu mengurangkan rasa takut bila tengok filem hantu lebih-lebih lagi tengok pada tengah malam, secara berseorangan dan dalam gelap gelita. Jom baca :

  1. Sebenarnya keseraman dalam filem hantu datangnya dari kesan/effect suara. Lepas ni, cuba tutup suara pada televisyen, mesti rasa takut bila tengok filem hantu itu akan hilang.
  2. Menonton filem hantu secara ramai-ramai ( ajak mak ayah, kakak dan seluruh ahli keluarga) akan menghilangkan rasa takut, malah akan menambahkan keseronokan.
  3. Lepas ni, sebelum tengok cerita hantu, cuba pasang banyak lampu, sambil tu dengar lagu mp3.. mesti dah tak takut lagi tengok cerita hantu.
  4. Kebanyakan wajah hantu memiliki wajah yang kelakar. Lepas nie masa muka hantu keluar je, korang gelaklah.. hehe
  5. Dan cara yang paling baik sekali, cuba pejam mata dan tengoklah cerita hantu.. mesti tak takut lagi.. hehe..

p.s….bulan2 pose ni mana ada hantu kan?..so tak yah dok takut2..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada Semua Sahabat Saya.

Posted in Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

Sahabat-sahabat saya semua;
Ramadhan yang mulia bakal menemui kita, InsyaAllah. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di dalam bulan Ramadhan ini, diberi hidayah dan taufik serta daya kekuatan agar dapat mengambil menafaat dari kebaikan-kebaiakn yang Allah SWT sediakan di dalamnya..Amin..
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBRAK
KEPAD SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA..

[ gambar ] ular berbisa dalam mangkuk tandas..sila berhati-hati

Posted in [ gambar ] ular berbisa dalam mangkuk tandas..sila berhati-hati on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

memang cemas..

sangat bahaya

takut

akibatnya tandas ni terpaksa dipecahkan

apa perasaan anda, sedang buang air kecil atau air besar tengok-tengok bawah
mangkuk tandas keluar ular yang mcm dalam gambar tu?
mahu tak melompat kuat terkejuttttt besar sehingga
tak sempat nak capai seluar atau kain
memekik minta tolong kan?
so berhati-hati lah…!
sumber gambar : klik sini

Inilah Robot Yang Mampu Tersenyum, Bersalaman, Menegur Orang Ciptaan Terbaru Saintis Poland

Posted in Uncategorized on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

KOMPAS.com – Robot yang mampu bergerak dan berbentuk menyerupai manusia mungkin tak cukup. Pasukan Rekaan robot dari Wroclaw University of Technology di Poland telah berjaya mencipta robot bernama Emys (Emotional Head System), sebuah robot yang mampu tersenyum, ketawa, malu, marah dan memberi pelbagai ekspresi lain.

Senyuman Emys memang tak natural, apalagi dengan ciptaan robot yang terkesan seolah-olah pelik Tapi, setidaknya cukup menggembirakan kerana wajah Emys yang boleh tersenyum manis.

Emys dilengkapi satu lengan yang walaupun membuatnya nampak tak natural tetapi setidaknya bisa memberikan acungan jempol ketika penggunanya melakukan hal bagus. Robot ini juga dilengkapi dengan roda untuk membantunya bergerak.

Pelancaran IEEE, Khamis (14/7/2011), menyebutkan, Emys adalah bahagian dari LIREC Project, projek peneliti Eropah yang bertujuan mengeksplorasi dan mendesain “rekan” digital dan interaktif. Dengan kata lain, tujuannya ialah menciptakan robot yang sedikit lebih fun untuk diajak hang out dan yang lebih ekspresif.

Memang pada tahap awal bentuk robot belum betul-betul 100% menyerupai manusia. Namun, fungsi-fungsi motoriknya telah meniru ekspresi wajah. Robot beroda itu juga mampu menyapa, bersalaman dan lain-lain.

kapal terbang Caribbean Airlines terputus dua, 157 penumpang selamat

Posted in kapal terbang Caribbean Airlines terputus dua on July 31, 2011 by sekamarrindu2009

Caribbean Airlines terputus dua dalam kemalangan malam tadi

TRIBUNNEWS.COM, GEORGETOWN – Sebuah pesawat Caribbean Airlines yang mengangkut 157 orang mengalami kecelakaan, Sabtu (30/7/2011) sekitar pukul 01.32 waktu setempat. Badan pesawat terbelah dua dalam pendaratannya di tengah hujan lebat dan kabus di Georgetown, Guyana.

Pesawat yang bertolak dari New York ini dilaporkan mendarat di tengah landasan sebelum tergelincir keluar dan menghantam sebuah pagar kemudian terhenti di sebuah lereng berumput dekat sebuah jalan.

Bahagian depan badan pesawat yang memuat rangkaian penumpang kelas satu pecah di landasan, sehingga sempat membuat para penumpangnya terperangkap di dalamnya.

Namun, seluruh penumpang dan anak kapal tidak ada yang mengalami luka yang cukup serius.

Dilaporkan, sebanyak 151 penumpang dan 6 anak kapal yang berada di atas Boeing 737-800 seluruhnya telah dievakuasi.

Menteri Kesehatan Guyana Leslie Ramsammy menerangkan, satu orang mengalami patah kaki dan beberapa orang lain menderita cidera ringan akibat kecelakaan pesawat ini.

Pesawat ini mengalami kemalangan pada pukul 01:32 waktu setempat atau pukul 12:32 WIB.

Petugas berupaya menyelamatkan para penumpang dan anak kapal dari pesawat yang hancur itu selama beberapa jam di tengah kegelapan dini hari.

Pihak berkuasa Trinidad dan Tobago itu menerangkan, Otoritas Penerbangan Sipil Guyana akan mengadakan siasatan terhadap kemalangan pesawat bersama Badan Keselamatan Transportasi Nasional AS (NTSB).

Suhaila, Jimmy mula perang

Posted in Uncategorized with tags , on July 31, 2011 by sekamarrindu2009


MELETAKKAN tajuk kenyataan akhbar rasmi dengan judul, ‘Jimmy Shanley Tidak Siuman’ boleh dikatakan satu tindakan paling pelik pernah dilakukan oleh mana-mana pasangan selebriti.

Bagaimanapun, semua itu tertulis di atas satu kenyataan yang dilayangkan oleh Nursuhaila Elliani Shuhaimy kepada suaminya, pengacara Jimmy Shanley sewaktu sidang media membuka pekung gelora perkahwinan mereka.

Ketika itu, genap sebulan selepas Suhaila melahirkan anaknya, Zahrah Shanley. Semuanya sebagai jawapan balas pihak isteri terhadap kenyataan si suami berhubung majlis cukur jambul anak yang tersiar dalam akhbar bukan terbitan Kumpulan Utusan pada 24 Julai.

Entah kali ke berapa, tetapi antara rentetan kepada perkelahian rumah tangga antara Suhaila dan selebriti Astro itu hanya aman 20 hari selepas bernikah.

Sebelum ini, sudah bermacam cerita keluar daripada mulut Jimmy, sepatah pun tiada terkeluar sebarang pertanyaan terpacul daripada Suhaila walaupun ditanya perihal nusyuz yang difailkan Jimmy di mahkamah syariah. Cuma selepas lahirnya Zahrah pada 24 Jun lalu, Suhaila tampil memulang paku buah keras kepada Jimmy.

Semua itu ada di dada Suhaila sendiri yang sebelum ini barangkali sudah tahu benar bahawa Jimmy mahukan hak penjagaan terhadap anak mereka jika talak terus ditagih olehnya. Nampaknya, perang lidah antara Suhaila dan Jimmy sedang bermula, begitu juga dengan kes tuntutan perceraian dan nusyuz mereka yang sudah ada dalam fail mahkamah, menunggu tarikh untuk dibicarakan.

Alasan paling teguh Suhaila, dia sudah enggan bersuamikan Jimmy kerana pernah dipukul serta disepak terajang oleh Jimmy.

Alasan Jimmy pula, seorang suami boleh memukul isteri jika isteri berdegil, ingkar dan cuba menderhakai suami setelah berkali-kali dinasihatkan secara baik.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

“Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan… saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni. Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum contohnya pergaulan Jimmy dengan sanak saudara sebelah saya sangat dingin. Dia ingat dia superstar, tak layak bergaul dengan sanak saudara saya, setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bersapa dan bersalaman dengan sanak saudara,” jelas Suhaila dalam kenyataannya.

SELEPAS isterinya bersalin, Jimmy kini bergelar bapa kepada bayi perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

 

Dalam kenyataan itu, Suhaila ada menyebut tentang perangai Jimmy yang dirasakan pelik.

Kenyataannya berbunyi begini: “Semasa majlis pertunangan, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang dan pada majlis akad nikah pula, rombongannya tidak sampai 10 orang, itupun di kalangan ahli keluarga sahaja tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihaknya. Jimmy tidak mempunyai kawan.”

Jimmy, 32, bagaimanapun tidak mahu lagi meluahkan banyak perkara sehingga merumitkan keadaan. Ketika dihubungi untuk mendapatkan kepastian, Jimmy hanya mampu mengeluh dan berkata, lebih baik perkara itu tidak lagi diperbesar-besarkan kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

“Lepas ini saya hanya akan memberi keterangan di mahkamah. Saya jumpa dia (Suhaila) di mahkamah nanti,” jelas Jimmy seperti keletihan menangani masalah perkahwinannya yang kusut lagi mengusutkan.

Suhaila turut mendakwa Jimmy gilakan publisiti dan tidak pernah cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah malahan pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibunya, Datin Muniroh Kasim.

Jimmy pula bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan seperti yang didakwa Suhaila kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Apakah kesinambungan perang lidah Suhaila dan Jimmy, dan bagaimana kesudahan perbalahan pasangan yang terlalu mentah dala hal rumah tangga itu akan berakhir, semuanya akan menyusul sedikit masa lagi. Pasti ada sambungannya, tunggulah.

 

sumber:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm