Archive for the 11 Category

Kanak-Kanak 11 Tahun Hubungi Polis Kerana Ibunya Menyuruh Buat Kerja Rumah

Posted in 11, German boy on October 26, 2011 by sekamarrindu2009

Melayani masyarakat adalah tugas polis. Tapi apa yang akan dilakukan polis jika menerima panggilan dari seorang kanak-kanak yang mengadu dipaksa bekerja oleh orang tuanya?
Kejadian ini berlaku di kota Aachen, Jerman ketika polis setempat menerima panggilan telepon.
Dalam panggilan telefon itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meminta bantuan polis kerana mengaku dipaksa bekerja seharian oleh ibunya.
Anak laki-laki itu, yang tidak disebutkan namanya, memanggil polis melalui nombor kecemasan 110 ( sama spt 911)
“Saya harus bekerja seharian sampai tidak punya waktu bermain,” kata anak itu melalui telefon.
Menerima panggilan ini, polis terus menuju ke kediaman kanak-kanak itu untuk melihat keadaannya.
Memungut kertas dan membersihkan kawasan rumah.
Seperti diberitakan media tempatan di Jerman, setibanya di kediaman kanak-kanak itu , polis terus menemuinya dan ibu.kanak-kanak tersebut.
Polis , kemudian meminta anak itu untuk menjelaskan soal “kerja paksa” yang telah dilaporkannya itu.
“Saya harus membersihkan rumah dan halaman,” katanya kepada polis .
Ketika polis bertanya soal definisi kerja paksa, anak itu mengaku dia sebenarnya tidak mengetahui erti kerja paksa.
Ibunya mengatakan anaknya sudah kerap mengancam akan memanggil polis jika dia diminta membersihkan rumah ketika hari cuti.
“Dia bermain seharian dan bila saya memintanya menyimpan mainannya, dia mengatakan itu adalah kerja paksa,” kata ibunya

sumber:
http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-14533749