Inilah entri saya yang ke 1000 untuk tahun 2011..bagaikan tak percaya juga boleh sampai ke 1000 entri dalam tempoh 10 bulan [ purata 100 entri sebulan]. Tepat 20hb September 2011 yang lalu, sudah genap 2 tahun saya aktif blogging. Dalam kesibukan menguruskan manusia dengan aktiviti yang semakin menimbun setiap hari, masih sempat saya untuk update blog, walaupun entri yang ringkas.. terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sering singgah di blog picisan saya ini.. terima kasih juga atas komen-komen para sahabat saya di setiap entri saya..
betapa cepat masa berlalu..tak disangka sudah 2 tahun 1 bulan saya aktif blogging. pelbagai suka duka dialami ada tercatat di dalam blog ini., pahit manis semuanya ada. seumpama dairi kehidupan bagi saya..semuanya menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya..
p/s….terima kasih..