Archive for the palsu Category

selaput dara palsu….ishhhhh..!

Posted in palsu on November 12, 2010 by sekamarrindu2009


Dunia semakin maju..sekarang ni bukan saja, ada duit palsu, cek palsu, kad kredit palsu malah yang lebih hebat dari tu pun ada, iaitu “selaput dara palsu” ishh….
harganya sekitar US 50.00 ( RM 180.00) yang diberi nama “Artifical Virginty Hymen” adalah merupakan selaput dara yang mendapat permintaan yang tertinggi di negara-negara Asia Tenggara, tak pasti di Malaysia, ada permintaan yang banyak juga tidak..
Macam-macam sekarang ni…..ishhh.. Pihak Kerajaan perlu mengharamkan produk ini kerana ianya memberi kesan yang tidak baik terhadap moral dan akhlak gadis-gadis dalam negara kita ini..

Phd Fazley Adalah Palsu..?..ishh..biar betul..

Posted in palsu on November 10, 2010 by sekamarrindu2009


Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom. “Betul… saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu. University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar
sumber: klik sini
juga boleh Klik sini..