Archive for the [ panas ] jawapan pihak lelaki dan pihak wanita pasal hantaran kahwin. Category

>[ panas ] jawapan pihak lelaki dan pihak wanita pasal hantaran kahwin..

Posted in [ panas ] jawapan pihak lelaki dan pihak wanita pasal hantaran kahwin. on April 16, 2011 by sekamarrindu2009

>

Di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran. Sekarang ini ramai yang mengeluh mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan semakin mahal dan tinggi harganya, kalau nak murah boleh juga… senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke…

Kat sini SR nyatakan ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal.

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.


2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Anak pompuan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompuan yang rasa dirinya… lengkap segala-galanya
9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence.
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni selalu dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer… si anak pulak lebih-lebih.
2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..
3. Camni bilang kat dia orang simpan anak tu dalam store buat perhiasan laaa
4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.
5. Apa diorang ingat kita sedara Bill Gates ke?
6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.


Ini pula kata2 dari pihak sebelah pompuan yang lelaki teringin sangat nak dengar;


1. Ikut suka hatilah. Berapa yang pihak lelaki nak kasi…, kita ambik je,,,. member tak cerewet.

2. Takpelah… Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.

3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je…. Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin lagi…

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded kekayaan 7 keturunan tak habis punya, jawapannya :-


1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler….

2. Ehh… sikit benar!!! Camni tak nak lah…. Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni… hantaran kira Rupiah ke Sin. dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.

4. Kita tak biasa pakai cash laaa… pilihlah nak AMEX ke… Diners ke… boleh kata semua kredit kad kami ada la…

5. Sebagai hadiah upacara masuk meminang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni… dia orang mintak hantaran ke… mintak duit nak belikan dia baju tiduq… Murahnya…?

Doa Untuk Mendapat Jodoh..

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah….

Jika dia tidak berjodoh denganku,
Maka jadikanlah kami jodoh…

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku…

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku…

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku….
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan
Kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku
..

p/s….jgn diamalkan doa ni ya…..sr tak akan bertanggungjwab..

Advertisements