Archive for the [ pelik ] Lelaki ini ditumbuhi kacang pis di dalam perut Category

[ pelik ] Lelaki ini ditumbuhi kacang pis di dalam perut

Posted in [ pelik ] Lelaki ini ditumbuhi kacang pis di dalam perut on October 7, 2011 by sekamarrindu2009

BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) – Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk.

“Saya sering batuk,” kata pesara berusia 75 tahun itu

Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk.

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.

Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.

Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu.

Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

“Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis),” kata Sveden. – Agensi –

Advertisements