Archive for the sekamar rindu gila follower ke? Category

>"sekamar rindu gila follower ke..? sangat pedas kata-kata ini….tetapi saya maafkan awak dunia akhirat..!

Posted in sekamar rindu gila follower ke? on January 31, 2011 by sekamarrindu2009

>


salam petang semua….. sebelum saya meneruskan entri ini terlebih dahulu saya memohon maaf jika entri ini menyinggung hati rakan-rakan semua. petang ini saya nak luahkan perasaan sikit berkaitan dengan komen seseorang yang singgah di blog saya..

“Sekamar Rindu ini Gila Follower ke? ..singgah blog orang sebut…” salam..singgah petang sambil follow blog awak…..***** 10000 ….( kononnya ada yang tak suka cara saya menyebut nombor-nombor yang berkenaan. Untuk makluman semua… Menyebut spt itu adalah cara saya yang saya amalkan sejak saya mengenal dunia blog lagi..kenapa sekarang ada insan yang tidak senang dengan komen saya yang beberapa ayat tu?… apa yang salahnya dengan nombor2 yang saya tulis tu…..itu hanyalah sekadar nombor…( bukan mencarut..atau menghina pemilik blog yang saya singgah..)

Buat pengetahuan anda semua…


Saya Blogwalking (BW) 300 blog dalam sehari…tulah hobi saya.. sambil-sambil baca blog orang lain tu..sebenarnya ada banyak benda yang saya pelajari..pelbagai kisah, yang menarik untuk dijadikan panduan oleh saya…selepas membaca entri di blog-blog sahabat saya akan follow blog dia orang. dan sebagai gaya saya..mcm tulah ayat-ayat saya…

  • Setiap blogger ada cara yang tersendiri.. sama ada dari segi cara peyampaian..dari segi gaya berintreksi sesama blogger yang lain..inilah cara saya…
  • Saya menjadi blogger bukanlah untuk mengejar apa2. glamour jauh sekali untuk mencari FOLLOWER yang ramai… ( KENAPA BLOG ORANG LAIN YANG FOLLOWER YANG JAUH LEBIH BANYAK MELEBIHI 10,000 TIDAK MENJADI ISU? MENGAPA SAYA DIHINA SEBEGINI RUPA?
  • Semua blog yang saya follow saya akan masukkan dalam sistem yang memudahkan saya untuk membuat apa2 rujukan selepas saya follow.. Sebagai contoh Blog A adalah follower ke 901..dia follow blog Sekamar Rindu pada 26hb Disember 2010.. semua ada rekod.. jadi nombor yang saya tulis itulah adalah rujukan saya..
  • Saya tidak pernah meyuruh pemilik blog yang saya follow.., follow blog saya….sepanjang saya menjadi blogger tak penah terkeluar satu pun ayat…yang menyuruh pemilik blog yang saya folow blog saya..nak folo ..tak pe..tak nak folo pun tak pe….yang dah follo nak unfollow pun tak apa..TAK ADA PAKSAAN..!
  • Sepanjang saya jadi blogger tak satu pun ada ayat-ayat yang kasar..sama ada dalam bentuk guruan dan yang lain-lain ( berdasarkan pengamatan saya secara sedar) jika ada saya terkasar bahasa, yang mungkin secara saya tidak perasan, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf…
  • Seperti yang saya nyatakan blogging adalah hobi saya..selepas penat lelah sepanjang hari mendidik manusia agar menjadi insan yang berguna..di sinilah tempat saya untuk melepaskan segala tekanan/penat lelah…tetapi sebagai manusia kadang2 kita semua ada perasaan..ada juga rasa kecewa apabila dikatakan mcm-mcm..
  • Sebelum ini, ada yang komen yang dengan menuduh blog saya ni sudah dijual kepada orang lain gara-gara cara penulisan saya dah berbeza katanya…wah..sampai mcm tu sekali ada yang perasaan…Buat pengetahuan semua..blog ini masih kekal pemiliknya.. tak dijual kepada sesiapa pun..dan satu lagi…untuk sekadar bertanya..berapa sen blog saya ni laku kalau dijual? saya tidak pernah terfikir ada yang komen mcm tu…
  • Akhir sekali saya..sekali lagi memohon maaf kepada setiap sahabat2 blogger saya..seandainya saya ada membuat sebarang kesalahan..sebagai seorang hamba Allah swt yang serba kekurangan..saya tak terlepas daripada membuat salah dan silap..
  • kepada yang menyatakan saya gila follower tu…saya maafkan awak dunia akhirat..
  • dulu saya dah padam blog gara-gara komen2 yang sebegini…saya harap perkara lalu tidak berulang..

terima kasih banyak..