Archive for September, 2010

malam ini saya happy…

Posted in Uncategorized on September 29, 2010 by sekamarrindu2009
malam ini
hati berbunga-bunga sikit..
gembira…
p/s: tadi sakit perut salah makan agaknya..

gadis dirogol di dalam kereta oleh lelaki gila seks…

Posted in lelaki gila seks.. on September 27, 2010 by sekamarrindu2009

Kerana tidak mengunci kereta semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, Kuala Lumpur, seorang gadis, berusia 20-an bukan saja dirompak malah dirogol (di dalam kenderaan gadis) oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta gadis terbabit.
Mangsa yang malang itu terlebih dahulu dipukul dan diacukan sebilah pisau sebelum melakukan perkara yang terkutuk itu. Peristiwa yang malang ini boleh dielakkan kalau gadis tersebut berhati-hati dan mengunci kereta yang dinaikinya..semoga menjadi pengajaran kepada gadis-gadis di luar sana agar lebih peka dan berhati-hati, kerana penjenayah yang gila seks tidak memilih tempat, asalkan ada peluang yang terhidang, pasti penjenayah akan melakukan perkara sebegini.
Menyebut hal yang berkaitan dengan “gila seks” ini sangat bahaya..penjenayah tidak akan memilih mangsanya, hatta bayi yang berusia beberapa bulan pun dilakukan pelbagai perkara seperti cabul dan lebih perit dirogol.? mengapa ini berlaku..? salah satu puncanya ialah gila seks lebih menjurus kepada penyakit jiwa..dan penyakit ini sangat bahaya…
Jenis-jenis penyakit gila seks adalah boleh dikelaskan seperti berikut:
  • Beastially- iaitu orang yang suka melakukan seks dengan haiwan, seperti kambing, lembu anjing dan binatang2 yang lain
  • Exhibitionisme- orang yg suka melihat perempuan berjalan khususnya bahagian punggung sehingga menimbulkan keghairahan.
  • Fetishime- Lelaki yang suka menyimpan dan mengumpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala wanita dan keperluan wanita yang lain.
  • Homoseks- seks dikalangan lelaki yang kebiasaannya mereka melakukan seks dgn cara memasukkan zakar ke dalam dubur. Lelaki jenis ini, jika mereka berkahwin pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isterinya melalui dubur juga..
  • Lesbian- Lesbian dikaitkan remaja perempuan yang melakukan cumbuan dan ciuaman sesama perempuan. Seorang akan bertindak sebagai “lelaki” dan seorang akan bertindak sebagai perempuan. Selalu melakukan seks oral sesama mereka.
  • Molest- percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggung atau buah dada atau mengambil kesmpatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.
  • Necrophilia- lelaki yang suka melakukan seks dengan mayat.
  • Nymphomania- Gadis atau wanita yang tersangat kuat nafsu seks. Tidak pernah puas dengan satu lelaki.
  • Melancap/onani/ mastrubasi – dilakukan dengan menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain dan mengeselkan clitoris di kalangan remaja perempuan.
  • Pedophila- lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak, cucu mereka sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada wanita dewasa.
  • Satyrisis- Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan ramai perempuan dalam satu-satu masa.
  • Scoptophlia- Lelaki yang suka melihat orang lain melakukan hubungan seks. Lelaki jenis ini suka mengintai/menghendap perempuan mandi/ dan lain-lain. jangan terkejut lelaki jenis ini suka melihat isterinya sendiri atau anaknya sendiri disetubuhi oleh orang lain.
  • Wifeswapping- Orang yang suka mengganggu isteri dan suka melakukan seks dengan isteri orang lain atau suka bertukar-tukar isteri
  • Voyerisme- Orang yang suka mengintip perempuan mandi termasuk mengintip ahli keluarga sendiri), di mana-mana lubang yang terdapat di rumah mereka.
Kepada perempuan dan gadis-gadis di luar sana..berhati-hatilah..sentiasa berwaspada dan peka terhadap persekitaran.jangan memandang remeh soal ini, kerana ini melibatkan maruah diri dan keselamatan. Dan untuk kepada yang sentiasa mengoda-goda tu..hentikanlah perbuatan yang tidak senonoh tu… dan]h naik rimas dah ni..

andainya ku tak bertemu kamu…

Posted in kamu.. on September 27, 2010 by sekamarrindu2009
andainya ku tak bertemu kamu…
langit hanya lembaran biru di angkasa..
yg tak pernah ku lukis dgn gerimis dan pelangi..
dan mungkin matahari tak pernah terbit..
utk membuka jendela dan menyematkan cahaya..

andainya ku tak bertemu kamu…
malam hanyalah waktu utk menunggu pagi.
ku tidur hanya menyulam mimpi yg tak pasti.
dan bulan hanyalah lampu redup ditiup angin..
terjerat di reranting kelam..

andainya ku tak bertemu kamu…
barangkali hidup hanya setumpukan siang dan malam..
seperti sajak yang dibiarkan tanpa makna dan kelam..
angin menghembuskan di luar jendela..
hilang entah ke mana..

andainya ku tak bertemu kamu…
entahlah…tak tahu nak kata apa…..!
p/s: kenangan yg indah bila bersama kamu..

susahnya menjadi seorang "aku"

Posted in susahnya on September 26, 2010 by sekamarrindu2009

rindu dengan pasirnya, rindu dengan batunya, rindu dengan bau laut, rindu dengan matahari terbenam dan rindu kamu

Orang yang sibuk dengan melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikianlah kata-kata yang menerjah ruang minda ku saban hari…di saat ingin ku mahu menghindiri semua hal-hal yang tak baik, semakin kuat pula perkara-perkara itu datang menggoda….menggoda aku untuk melakukan hal-hal yang tidak baik adalah satu ujian yang hebat padaku..namun alhamdulillah semakin kuat dugaan semakin kuat aku bertahan dan melawan semua tu..
Kadang-kadang bukan mudah untuk ikhlas..Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia Allah swt.Melakukan segala kebaikan bukan kerana Allah swt itu sebenarnya tidak ikhlas..Meninggalkan segala kejahatan bukan kerana Allah swt itu pun tidak ikhlas jugak…kadang-kadang kita sangat ikhlas pada orang lain, tetapi kita sering diuji dengan pelbagai perkara yg kadang2 tu hampir2 kita sendiri tersungkur..
Susahnya menjadi seorang yg bergelar “aku”. Di tempat kerja pun ada juga masalah..walaupun setakat ini semua itu dapat ku serapkan segala permasalahan tapi kadang2 sangat mengganggu juga..kadang2 tu..masalah yang dicipta sendiri oleh mereka yang tidak bertanggungjwab ini aku berjaya tempuhi dengan sabar…daripada tahun lepas dengan layangan surat layang, surat fitnah dan bermacam kerenah lagi sangat memberi kesan sedikit sebanyak terhadap rutin hidup aku.. berkat kesabaran aku, akhirnya yang batil itu nampak jua…
memang susahnya menjadi seorang yang bergelar aku. aku insan yang kerdil di lautan rahsia Allah yang sangat dalam. Yang terjangkau oleh aku ialah hanyalah percikan ombak di permukaannya.
Ya Allah….ketika aku keliru tunjukkanlah jalan menujuMU. ketika aku lemah perkukuhkanlah.Ketika aku alpa ingatkanlah…Jauhkanlah diri aku dari segala perasaan yang tidak baik..amin..
p/s:…rindu..

rindu hujan rindu kamu…..

Posted in rindu hujan.. on September 26, 2010 by sekamarrindu2009


malam tadi bersama abang saya pergi beraya di Melaka..
nak tak ikut abang yang ajak, mahu tak mahu pergi la juga…..

balik rumah jam dah melewati 4.00 pagi. sebelum mata lena ( entahlah lena ke tak)
sempat buka blog dan cuba coretkan serba sedikit kat sini..

skg jam 4.30am..masih lagi mata belum menunjukkan tanda2 mahu lelap..tak tahulah kenapa..mungkin dah terlebih masa tido yg sepatutnya agaknya..
jadi mata sukar nak tido…penat memang penat….

saat menulis entri ni, sambil mengirup teh panas… di luar rumah hujan renyai-renyai..alhamdulillah hujan rahmat kurniaan Allah swt pada bumi…susananya terasa sangat hening tiba-tiba perasaan rindu menjelma dalam diri…suatu perasaaan yang sangat sukar digambarkan…

Hujan masih turun..derai air dari langit membasahi jalanan yg sepi..

aku merindukan hujan yang biasa datang tiba-tiba, tanpa permisi

rindu pada butiran airnya..
rindu pada kuyup basahnya
rindu pada cinta penuh kenangan di dalamnya..


aku merindukan pelangi yang biasa hadir setelah hujan pergi.. rindu pada tujuh warnanya…rindu pada lengkung sempurnanya…rindu pada anggun titik-titik airnya..

dalam dalam hujan juga ku rindukan kamu..yang biasa hadir ketika hujan dan pelangi tiada di sini….rindu pada diammu yg sepi…rindu pada dinginmu yang sunyi…rindu pada gelak tawa, senyumanmu yang misteri…


p/s: aku tersedar untuk tak beku…..tak biarkan pagi merampas mimpi…


bukalah pintu maaf sayang…..

Posted in maaf on September 24, 2010 by sekamarrindu2009

bukalah pintu maaf utk embunku….
agar ku dapat mengusir kebekuan di kelopak-kelopakmu…
menceritakan keindahan pagi yg dititipkan mentari..
dalam bias cahayaku..

bukalah pintu maaf utk langitku..
agar ku dapat mengiring awan utk memayungimu..
mengirimkan kedamaian buat kita..

bukalah pintu maaf buat gerimisku..
agar ku dapat menjadi air matamu..
menitipkan kasih di hatimu..
menghapuskan gores-gores pedih di dinding hati..
dan menggantikan dengan garis-garis pelangi..
p/s;….sorrry

rindu membebaskan aku…

Posted in rindu.. on September 23, 2010 by sekamarrindu2009

rindu membebaskan ku dari sunyi…
rindu membebaskan dari kelam..
kamukah menggenggam rembulan di bingkai jendela..
membulatkan keheningan menjadi sekeping cahaya..
yg mengubah lapang malam menjadi taman..
membawa ku di sudut kenangan..

rindu membebaskan ku dari dingin…
mengalir tanpa henti ke setiap nadi..
membawa rinduku padamu di sana…
p/s: rindumu selalu..

renung payu dara isteri 5 minit ..panjang umur suami 5 Tahun

Posted in rewnung on September 23, 2010 by sekamarrindu2009

memsuki blog sahabat saya Cinta Zaman Sekarang Sudah Lupa Pantang Larang
aku tertarik sangat dengan artikel yg ditulis oleh tuan abu muaz…
satu artikel yg ditulis oleh seorang ahli Gerontologist dari Jerman, Dr. Karen Weatherby, dalam kajiannya mendapati,
mana-mana lelaki ( suami ) yang merenung payu dara isterinya selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki ( suami ) selama 5 tahun..
tu baru sepuluh minit suami renung….kalau lebih 10 minit..lagi lama la umur si suami tu….
p/s: sekarang juga saya nak gi renung ni………hehehe

sebelum mata pejam….

Posted in pejam on September 22, 2010 by sekamarrindu2009

sebelum mata lelap ingin sekali lagi aku coretkan kat sini…
baru lepas ajar serba sedikit petua2 last minit untuk beberapa anak murid ku..
esok paper sains upsr..bagilah apa yg patut…petua2 yg perlu diberikan..
moga anak-anak didik saya dapat menjawab dgn jayanya esok..
sementara tu ada juga tunggu kamu..tapi mungkin kamu sedang sibuk mungkin…
tak mengapalah…semua ada tanggungjwab yg perlu diselesaikan kan?
memang terlalu banyak sangat dugaaan yg menimpa kita..datang bertali arus..lepas satu-satu datang…namun, kamu jgn risau…ku akan tabah, kuat menempuhi semua ini.
tak akan goyah iman ini dgn semua dugaaan itu..
ku ada puisi yg biasa buatmu…yg kini kamu sdg lena tidur:
sayang…
abang sedang memandangmu…
di bawah bulan setengah lingkaran..
membaca selaksa di matamu..
mentafsir sirat cinta kita..

di bawah bulan yang menggambang..
di permatang alis wajahmu..
ribuan kata tertutup embun.
dan kulihat wajahmu..
merunduk memegang bulir rindu..

sayang…
dugaaan yg menimpa kita..
adalah ujian yg maha hebat
moga kita bersabar menempuhnya…

kena sound la nampaknya

Posted in tak reti bahasa... on September 21, 2010 by sekamarrindu2009
pening kepala laa
pulak…
tak abis2-abis…
kena sound la nampaknya..
p/s:….jenis tak reti bahasa,