Archive for October, 2010

Kelantan Cuti Hari Ini, Hadiah Kepada Seluruh Rakyat Kelantan

Posted in kelantan menang on October 31, 2010 by sekamarrindu2009

PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Piya menjaringkan gol kemenangan Kelantan
BADRI meraikan gol kemenangan Kelantan pada separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi

Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi. Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 ketika ditemu bual oleh RTM dalam siaran langsung perlawanan edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi TV1


“Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat. ”Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Hairuddin Omar yang mencetuskan kebangkitan mereka daripada ketinggalan 1-0 untuk menjulang gelaran berprestij bola sepak negara itu, berterima kasih kepada seluruh penyokong dan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan.

“Terima kasih kerana semua pihak bersungguh-sungguh yang mencipta kejayaan ini biarpun mulanya kami ketinggalan. Piala ini berhak dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan sama ada yang hadir beramai-ramai di Stadium Nasional dan di negeri ini yang tidak henti-henti menyokong pasukan ini,” katanya.

Pemain kelahiran Setiu, Terengganu berusia 31 tahun ini, menanduk masuk pada babak kedua untuk memadam gol pendahuluan penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah sebelum Badri Radzi memastikan Piala Malaysia milik Kelantan dengan rembatan kencangnya.

Kejuaraan kali ini turut lebih manis dan pasti terpahat sebagai kenangan indah yang tersendiri dalam karier Hairuddin selepas meraihnya bersama Terengganu pada 2001 dan sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan oleh kelab negeri asalnya, T-Team, tahun lalu.

p/s: terima kasih atas sokongan kamu juga…Kelantan menang…hehe

Kelantan JUARA Piala Malaysia 2010 [Awani]

Posted in Uncategorized on October 31, 2010 by sekamarrindu2009

http://www.youtube.com/v/tSnY6hNr3qM?fs=1&hl=en_GB

– Kejayaan yang sangat manis buat Red Warriors

Red Warriors win the 2010 Malaysia Cup ( cewah..tajuk orang puitih entri kali ini..) hehe

Posted in tahniah on October 31, 2010 by sekamarrindu2009

Kelantan Juara Piala Malaysia

gelagat penyokong kelantan dan N.Sembilan
suasana di dalam stadium jam 5.00 petang

Kelantan melakar sejarah apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun untuk merangkul Piala Malaysia.

bola..oh…oh..bolaaa..

Posted in bola.. on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

bola dan cinta..
bercantum jadi satu..
malam ni jadi penentu..

jgn lupa..801…..bawa kuih atau kacang banyak2..sambil tengok bola.
sambil makan kacang..hehe

jgn lupa janji kita…

– bola sambil rindu-rinduan……hehehe

Kelantan menang malam ni….

Posted in kelantan on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

menjadi rebutan

Kelantan berasa mereka telah matang dengan pengajaran musim lalu manakala Negeri Sembilan percaya seluruh pemainnya mampu menampung kelemahan jentera serangan apabila kedua-duanya mengulangi perhitungan akhir bola sepak Piala Malaysia, malam ini.

Edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil turut membuka peluang terbaik Wira Merah menghadiahkan Sultan Muhammed V atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan.

Sedangkan Si Rusa mengidam gelaran berganda musim ini selepas menjulang Piala FA.

Inilah kemaraan keempat Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia (termasuk Piala Malaya) selepas 1955, 1970 dan tahun lalu yang kesemuanya dihampakan Singapura, Perak dan Negeri Sembilan sementara lawan turut pernah menjuarainya pada 1948 selain bergelar naib juara 2000 dan 2006.

Namun, musibah kecederaan melanda pasukan masing-masing dengan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melupakan khidmat Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam manakala Rezal Zambery Yahya mungkin sekadar di bangku simpanan Negeri Sembilan dan Rahman Zabul sah diketepikan Wan Jamak Wan Hassan.

“Kami lebih bersedia kali ini dan telah belajar daripada pengalaman tahun lalu. Kami harap dapat menunjukkan apa yang kami pelajari itu kali ini dengan barisan pemain lebih berpengalaman tetapi biarlah label pasukan pilihan itu bukan ditujukan pada kami,” kata Sathianthan.

Wan Jamak pula berkata: “Akibat kecederaan (Rahman, Rezal dan Zaquan Adha Radzak), kami terpaksa mengubah banyak posisi tetapi saya percaya kesebelasan pemain di padang (malam ini) mampu menjaringkan gol termasuk mereka yang baru kali pertama bermain perlawanan akhir Piala Malaysia.”

Sathianathan yang memburu gelaran sulung tempatan dalam karier kejurulatihan berharap tuah kali ini menyebelahinya.

”Saya harap nasib bukan lagi menentang saya seperti tahun lalu kerana setiap kali memasuki perlawanan akhir, anda akan berasa mampu menang sedangkan Negeri Sembilan juga sebuah pasukan hebat. Tuah jelas mampu memainkan peranan,” ujar Sathianathan.

Bagaimanapun Wan Jamak berkata: ”Memang mudah bercakap daripada membuat dan ramai yang berkata lebih banyak tekanan pasti berpihak kepada kami selaku juara bertahan tetapi bagi saya hidup ini sebenarnya satu tekanan. Kalau tiada tekanan langsung, tidak mungkin kita mampu memperbaiki diri.”

Dalam pada itu Sathianathan menegaskan, jika Negeri Sembilan dikatakan tiada penyerang utama atau penjaring gol tetap, bagaimana mereka mampu ke perlawanan akhir?

”Adakah dengan hanya seri 0-0? Kami juga bimbang dengan kecederaan terbaru Akmal Rizal Rakhli walaupun saya harap dia mampu pulih cepat,” ujarnya.

Sambil mengetepikan perbandingan pencapaian peringkat Kumpulan A Piala Malaysia yang menyebelahi Si Rusa, Wan Jamak turut menyifatkan suasana perlawanan bakal banyak membawa kelainan.

Jelasnya, keputusan malam ini juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan sesebuah pasukan itu menangani tekanan dan cuba mengurangkan kesilapan di tengah padang.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan menang 1-0 di Kota Bharu dan seri 2-2 dengan Kelantan di Paroi dalam perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia dari September hingga awal bulan ini.

Namun, lawan tampak lebih menyerlah sepanjang dua pusingan dan selaku naib juara Liga Super musim ini dengan memenanginya 1-0 dan 3-1

Kita Ke Bukit Jalil Untuk Menang……

Posted in menang on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

barisan pemain kelantan malam ni

Disebalik perang psikologi yang dilancarkan oleh Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan terhadap pasukan Kelantan, Ketua Jurulatih, B Sathianathan tampak tidak berminat menyerang balas sebaliknya fokus beliau kini lebih tertumpu kepada persiapan terakhir menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

“Kita datang ke Bukit Jalil untuk menjadi juara. Saya tidak berminat untuk bercakap tentang nombor dua (naib juara). Saya sudah meluap angka nombor dua. Tiba masanya kita bergelar juara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebelum berlepas ke ibu negara pagi semalam.

“Segala persiapan berjalan dengan lancar bagi menghadapi perlawanan malam ini. Memang kita kehilangan Azizi (Matt Rose) dan S Subramaniam tetapi itu tidak menjadi masalah kepada kita. Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) kurang cergas kerana mengalami kecederaan tetapi tetap bersedia diturunkan.

“Tumpuan saya terhadap perlawanan malam ini. Tugas saya belum selesai selagi kita tidak menjulang piala malam ini. Saya perlu menghadiahkan kejuaraan ini kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan pasukan lawan, Sathianathan berkata, beliau tidak melihat mengapa pasukan Negeri Sembilan harus turun sebagai pasukan underdog dalam perlawanan malam ini.

“Saya tidak nampak mengapa Negeri Sembilan harus turun sebagai underdog. Mereka adalah pasukan pilihan kerana pernah bergelar juara Piala Malaysia musim lalu dan juara Piala FA musim ini. Jadi sudah pasti mereka adalah pasukan yang hebat. Jadi tidak ada tekanan kepada kita.

“Saya menghormati keupayaan barisan pemain mereka seperti Rezal (Zambery Yahya), Idris (Karim), Shukor (Adan) malahan mereka ada Mohd Aidil Zafuan (Abdul Razak) dibahagian pertahanan. Saya fikir mereka sebuah pasukan yang kuat tetapi itu tidak bermakna kita perlu merendah diri.

Sementara itu, Sathianathan turut mengkagumi jati diri penyokong Kelantan yang sanggup melakukan apa sahaja demi maruah bola sepak negeri itu.

“Saya dengar ada yang sanggup gadai motosikal, ada yang tak cukup duit semata-mata hendak ke Bukit Jalil. Bukannya dekat Bukit Jalil dari Kota Bharu berbanding hanya setengah jam sahaja dari Seremban. Saya fikir mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan Kelantan dapat menang piala malam ini.

“Dulu mereka cakap kepada saya ‘kita hendak ke Bukit Jalil’ dan sekarang mereka cakap pula ‘kita hendak jadi juara’ pula. Sebagai jurulatih berpengalaman, saya menghormati dan mengkagumi sikap penyokong Kelantan.

“Cuma satu sahaja pesanan saya, kalau betul-betul sayangkan Kelantan, jangan calarkan nama baik kita sebagai penyokong Kelantan. Tolong jaga disiplin dan tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi pada perlawanan malam ini,” katanya.

Pesanan Tok Guru Nik Aziz Sempena Final Piala Malaysia 2010

Posted in Uncategorized on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

http://www.youtube.com/v/ZFeV1Q0_n_Y?fs=1&hl=en_GB

Hanya tinggal 7 jam saja lagi penentuan TM Piala Malaysia

Posted in kelantan menang on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

Inilah barisan pemain Kelantan yang akan turun menentang NS malam nanti

Formasi 4-4-2 yang semakin menjadi
suasana penyokong Kelantan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 12.00 pm tadi

Malam ini merupakan malam penentuan buat kedua-dua pasukan bagi merebut piala berprestij di Malaysia. Dengan misi menebus kekalahan musim lalu, skuad Kelantan dijangka turun dengan kesebelasan utama seperti rajah dan formasi seperti rajah di atas.
Selamat berjuang Wira Merah, jadikan kemenangan malam ini sebagai hadiah buat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad-V.. Allahuakbar! Gomo Kelate Gomo.. Go More!

pengorbanan kecil hari ini……..tak apa..!

Red Warriors: Kemenangan Yang Bermakna Untuk Sultan Muhammad Ke V

Posted in moga menang on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

Kelantan lwn Negeri Sembilan Final malam ini

Kenangan aku di Final tahun 2009
Penyokong2 Kelantan yg hadir
lautan penyokong red warrior.
suasana dalam stadium bukit jalil tahun lepas
ribuan penyokong antara Kelantan dan N.Sembilan

Orang yang tidak meminati bola sepak, pasti mereka tidak akan mengerti akan semangat bola sepak. Perlawanan akhir malam nanti antara Kelantan lwn Negeri Sembilan adalah ulangan final pada 07hb November 2009 yang lalu, dan bagi peminat-peminat bola sepak pasti menagih permainan yg baik antara kedua-dua pasukan. Kepada penyokong-penyokong Kelantan dan Nergeri Sembilan, perlulah menghindrkan daripada bergaduh, membaling botol-botol ( kawalan keselamatan yang paling ketat diperlukan)
Saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pentas final ini sudah 3 kali ( Final Piala Malaysia, kelantan lwn N.sembilan tahun 2009, ( Final Piala FA, Selngor lwn Kelantan) dan Final Piala FA tahun 2010 ( antara Kedah lwn Negeri Sembilan)..Susananya sangat berbeza sekali berbanding melihat di kaca tv di rumah atau pun melihat melalui skrin besar di kedai-kedai mamak..perasaan yang cukup teruja.
Kepada penyokong-penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan, kawallah diri, janganlah melakukan perkara-perkara yang tidak diingani..bagilah peluang untuk insan -insan seperti saya ni menonton dengan tenang. Kerana apa? tak ada gunanya bergaduh pun..paling tidak kena tangkap dek polis (Lokap bergerak akan ditempatkan di luar stadium esok, serta dengan kawalan anjing daripada pihak polis), datang jauh-jauh, kerana perbuatan kita sendiri, terpaksa meringkuk dalam lokap semalam dua..kan tak baik tu..
Bila anak murid saya menyatakan:
“sir..esok Negeri Sembilan akan menang dengan Kelantan…” saya hanya senyum simpul saja..apa yang pasti, pasukan yang dapat menjaringkan gol awal, pasti akan menang.. kepada jurulatih Kelantan B.Sathianathan, yang menyatakan kemenangan malam ni adalah hadiah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Yang Ke V, sangat membuat saya rasa terharu.
Ketua Jurulatih
1.B. Sathianathan

Jurulatih Penjaga Gol
1. Mohd Halim Napi

Pembantu Jurulatih
1.Hashim Mustapha
2.Ismail Bakar
3 Sidek Samsuddin

Pemain-Pemain The Red Warriors 2010

Penyerang
1.
Akmal Rizal
2.
Nor Shahrul Idlan Talaha
3. Indra Putra Mahayuddin
4. Mohd Nizab Ayub
5. Mohd Ramzul Zahini Adenan
6. Zul Yusri Che Haron
7. Hairuddin bin Omar

Tengah
1
Shakir Shaari
2. Mohd Daudsu bin Jamaludin
3. Piya (Badri Radzi )
4. Nor Farhan Mohamad
5.
S Chanturu.
6. Khairan Ezora Razali
7. Wan Zaman Wan Mustafa

pertahanan
1.
Azizi Mat Rose
2. Azlan Zainal
3. S Subramaniam
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
6. Mohd Zamri Ramli
7. Sharudy Aziz
8. Mohd Farisham Ismail

Penjaga gol
1.Shahrizan Ismail
2.Syed Adney
3.Mohd Khairul Fahmi Che Mat

– gomo kelate gomo

P.Ramlee Pergimu Tiada Pengganti Hingga Kini..

Posted in p.ramlee on October 29, 2010 by sekamarrindu2009

Malam ini pihak astro telah mengadakan Konsert Tribute P.Ramlee yang diadakan oleh pihak Astro & History bagi memperingati jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam menghasilkan karya-karya agungnya sama ada dalam filem dan lagu-lagu.
Siapa P.Ramlee yang sebenarnya?
Nama P.Ramlee tidak perlu kita perkenalkan lagi kerana semua orang tahu, dari yang setua-tua umur hinggalah sekecil-kecil budak tahu dan kenal akan rupa, gaya hidup dan lakonan serta lagu-lagu P.Ramlee. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri pada 22 Mac 1922, Kelahiran bayi comel lelaki kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim ( 1902-1955) dan Che Mah Hussein ( 1904-1967) sangat mengembirakan pasangan berkenaan. Bapa P.Ramlee berasal dari Lhokseumawe, Acheh dan berkahwin dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925, di Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang,
P.Ramlee telah lama dijemput pulang ke alam baqa oleh Allah swt, perginya seniman agung itu pada 29hb Mei 1973 dalam usia 45 tahun ibarat yang patah akan tumbuh, namun sehingga sekarang belum lagi berganti. Jasa-jasa besarnya diiktiraf oleh kerajaan ataupun badan-badan seni.
Bermula dengan memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Asia, melalui filem “Anakku Sazali” pada tahun 1956, Pelakon Serba Boleh ( Filem Ibu Mertuaku), Filem Komedi Terbaik, (Nujum Pak Belalang), Ciptaan Lagu Terbaik ( Tiga Abdul) dan pelbagai lagi hasil seninya.P.Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light dan meneruskan pengajian beliau di Penang Free School.
Bermula dengan bermain ukele, P.Ramlee beraloh kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin ( pimpinan bad di Penang Free School), dan menyertai Orkes Teruna Sekampung. Pada tahun 1947, beliau menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf “P” ( bagi puteh) di awal namanya dan kekallah nama P.Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama P.Ramlee adalah filem “Chinta” pada tahun 1948. Beliau memengang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya berterus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.
P.Ramlee berkahwin sebanyak 3 kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada tahun 1950 tetapi hanya bertahan selama 4 tahun. Perkahwinan kedua dengan Noorizan Mohd Noor pada 06 Feb 1955, seorang kerabat Diraja Perak, dan kali ketiga adalah dengan Saloma bt Ismail pada 21 November 1961, dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.
Beberapa fakta berkaitan P.Ramlee yang tidak diketahui umum:
  • Setiap tepat jam 12.00 tengah malam P.Ramlee akan berhenti selama 1 minit daripada melakukan sebarang kerja yang dilakukan pada waktu itu.
  • Terdapat banyak perkara yang dimulakan dengan 3 di dalam kehidupan P.Ramlee. Antaranya, filem bermula perkataan tiga, tiga pelakon utama dan banyak lagi.
  • P.Ramlee mendapat bayaran teringgi dalam sejarah filem dalam Filem Bujang Lapok, iaitu sebanyak RM 30,000( 1958)
  • P.Ramlee tidak mendapat sebarang bayaran untuk filem Ibu Mertuaku. walaupun memenangi ” The Most Versatile Actor” kerana perjanjian bertulis dengan Shaw Brothers, filem itu mesti disiapkan dalam tempoh satu bulan, tetapi P.Ramlee gagal menepati.
  • Tunku Abd.Rahman ibni Putra Al-Haj, Perdana Menteri ( 1964) pernah menawarkan jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan kepada P.Ramlee, tetapi ditolaknya kerana seandainya beliau menjawat jawatan menteri, aktiviti seninya akan mati
  • P.Ramlee orang yang pertama mengasaskan perkataan “PAWAGAM” nama singkat bagi Panggung Wayang Gambar. ( sumber: Sheikh Ali- abag satu ibu P.Ramlee.)
  • Sangat meminati sepak takraw. P.Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P.Ramlee kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura
alfatihah….