>minggu yang sibuk……..terima kasih pada sahabat-sahabat yg singgah blog saya.

>

2 hari tak update blog…terasa lama sangat saya rasa…. rindu pada blog saya nih……April bulan yang sangat sibuk buat saya…..

sibuk dengan pelbagai tugasan, menguruskan pelbagai tanggungjawab yg diamanahkan..bermula 30hb Mac, dengan Mesyuarat Agung PIBG, terlibat mengurskan pertandingan-pertandingan daerah, bola jaring, badminton, MTAQ (Majlis Tadarus Al-Quran), Mesyuarat Pentaksir Kurikulum Sekolah Rendah ( KSSR),

Mempengerusikan mesyuarat LINUS sekolah, pendek kata, sibuk betul, turun pagi jam 7.00 pagi dan balik rumah 6petang, malam dah letih tak dapat nak tengok blog..

terima kasih kepada sahabat-sahabat yg sudi singgah blog picisan saya ini…jua mintak maaf sebab masih belum dapat nak singgah blog sahabat2 …

walaupun sibuk, perhatian saya pada ayah yg sakit stroke tidak pernah diabai. pulang dari menjalankan tugas, pasti tumpuan saya hanya kepada ayah, meluangkan masa dengan dia, bercerita apa saja, berborak perkara2 yg biasa, saya tak mahu ayah terasa kesunyian, ( wp dia sebenarnya sunyi).

sejak ibu meninggal, ayah bersama saya, di bahu sayalah semuanya terpikul..nak mengharapkan abang, dia juga sibuk dengan tugas, sebagai doktor pakar sakit puan, abang sangat sibuk…saya faham..

memikirkan hal ini, saya terasa untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 1 tahun, semata-mata untuk memberi tumpuan pada ayah…[sedang memikirkan..]
p/s: sanggup berkorban apa saja….

41 Responses to “>minggu yang sibuk……..terima kasih pada sahabat-sahabat yg singgah blog saya.”

  1. >sabar ye..semua tue dugaan hidup..:)

  2. >salam dik.. akak pun dilanda kebizian.. hari nie ada kursus pulak, esok sure keje selambak atas meja huhuhu…take care ye dik 🙂

  3. >SAMA-SAMA, MENJENGAH SEBENTAR DIKALA KESIBUKAN

  4. >mulianya hati adik SR, akak sokong penuh keputusan CTG andainya itu yang terbaik bg adik SR, mudah mudahan dipermudahkan segala urusan, amin

  5. >salam =)mmberi masa utk insn yg lbih pntg buat kite adlh sgala2nya,..ayh ckgu skit,bg spnuh tmpuan pd dia,insyallah,.trubat sket sakit die,.

  6. >setahun nak amik cuti?ye laberkorban tuk seorang yg bergelar ayah kita memang sangat berbaloidaripada kita menyesal di kemudian hari

  7. >alhamdulillah… pe2 hal pun … ibubapa kenala yang pertama…

  8. >jangan stres sebab blogutamakan yang utama dan kewajipan seorang anak terhadap orang tuanya itu paling utamaakak juga dah rasa betapa pengorbanan yg perlu dilakukan bila menjaga ibu/bapa yang sakit tambahn kita tak ramai adik beradik buatlah yang sepatutnya dan SR rasa terbaik

  9. >keje tetap keje..blog tetap blog..hahaha..

  10. >salam..hehe..biasalah..tanggungjawab didulukan..alhamdulillah..semoga kehidupan saudara sentiasa diberi rahmat..

  11. >salam SR..kenape lah scc terasa nk mengalir je air mata ni bce entri SR ni..smoga tabah menjaga ayah ye SR 🙂

  12. >semoga ayah SR cepat sembuh

  13. >dahulukan yg penting….

  14. >everything is fated…be strong:))

  15. >lama tak singgah sini…bro sihat?

  16. >lama tak dgr khabar cik SR, rindu~~

  17. >itulah warna warni kehidupan, x mungkin satu warna saja menjadi pewarna hidup ni kan? nti tak cantik pula..nwy, amikla vitamin kalo terlalu sibuk, spy bertenaga, betul lah, saya pon sibuk btul tengah2 tahun ni, mcam2 aktiviti nk buat, sabar jela, da tugas kita kan.

  18. >sabar ye SR.. insyaallah setiap pengorbanan akan di balas dengan satu perasaan yang menggembirakan..Saya mendoakan yang terbaik untuk SR..

  19. >cik chinta,betul..setiap kita semua ada warna kehidupan masing2..moga tabah mengharunginya..

  20. >CintaZulaikha,sr…cuma sibuk sikit..:)

  21. >wahida,alhamdulillah..sihat.:)

  22. >Schubert Serenade,Is it true that everything is fated,Your comments remind of my personal experience. :))

  23. >Qaseh dalia adelia,betul..:)

  24. >eyna azmi,terima kasih kak..:)

  25. >sicomot-comel,terima kasih…

  26. >susah nak cari anak macam adik ni, alhamdulillah! teruskan sifat murnimu itu. semoga kesihatan ayah adik akan bertambah baik ya.

  27. >halila Ibrahim,terima kasih puan…terima kasih..saya akan terus sabar..

  28. >nurkass,betul..:)

  29. >bunga,suka komen awak.:)

  30. >ibuintan,tak pernah stress pasal blog..malah blog tempat saya…meluahkan segalanya..

  31. >Axie04,masih memikirkannya…

  32. >::CIKNUURUL,terima kasih pada komen cik nurul..terima kasih…

  33. >maira,mohon allah swt memberi kesihatan yg baik untuk saya..

  34. >Isteri Yang Comel,terima kasih…

  35. >maira,sama2 kita bzzzzy kak…:)

  36. >nurayunni,dugaan yg saya tempuhi dengan sabar..

  37. >kak Dinas,terima kasih sudi singgah komen sini..

  38. >semoga semuanya baik-baik

  39. >Ila,mudah-mudahan..:)

  40. >berbakti kpd ibu bapa…besar pahala kak SR 🙂

Leave a reply to Axie04 Cancel reply